CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3574|Reply: 0

[Pulau Pinang] MAINPP tuntut permohonan maaf penceramah bebas

[Copy link]
Post time 9-3-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode
MAINPP tuntut permohonan maaf penceramah bebas



Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



AHMAD Zakiyuddin. FOTO ihsan MAINPP




Georgetown: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menuntut permohonan maaf daripada penceramah bebas, Ustaz Zainul Asri Mohd Romli berhubung kenyataan menerusi video kuliahnya di TikTok pada 14 Februari lalu yang dilihat boleh menimbulkan salah anggap dalam kalangan masyarakat.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, menerusi video itu, Zainul Asri mendakwa sebuah masjid di Pulau Pinang yang dulu dimiliki India Muslim kini menjadi tempat ibadat orang bukan Islam selepas pemiliknya pulang ke India.

Selain menafikan dakwaan itu, Mohd Zakiyuddin berkata, ia juga boleh menimbulkan perbalahan antara kaum dan agama di negeri ini.

MAINPP dengan sekeras-kerasnya menafikan tuduhan liar berkenaan kerana secara fakta merujuk kepada 'Interim Register' lot yang dimaksudkan, terdapat 20 pemegang amanah asal bagi Kong Hock Keong Temple menerusi Perintah Mahkamah (Peletakan Hak) Jilid 2, Fol. 61 pada 28 Disember 1973 yang seterusnya berlaku pertukaran pemegang amanah disebabkan kematian.

"Lot 523 ini adalah terbitan daripada Lot 71 (2) TS 19, Daerah Timur Laut dan lot tanah itu berstatus gred 1," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad Zakiyuddin berkata, pada asalnya (rujukan Deed Poll bertarikh 10 Julai 1888), tanah itu dimiliki pemegang amanah berkenaan bagi Kong Hock Keong Temple No 30 Pitt Street menerusi Geran No 2420 tahun 1838.

Katanya, ia adalah pemberian daripada 'The Public Seal of the Colony' oleh Gabenor dan Komander Negeri-Negeri Selat iaitu Cecil C Smith.

"Sehubungan itu, MAINPP menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Zainul bagi menjernihkan persepsi negatif yang mula tersebar dalam kalangan umat Islam Pulau Pinang," katanya.




Disiarkan pada: Mac 9, 2023 @ 4:39pm














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.248079 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list