CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 0

[Pulau Pinang] JKM cari waris Afifah Hilya

[Copy link]
Post time 10-3-2023 03:01 PM | Show all posts |Read mode
JKM cari waris Afifah Hilya

oleh    MOHD ISKANDAR OTHMAN10 Mac 2023 02:34pm






Afifah Hilya




BUKIT MERTAJAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Tengah sedang mengesan ibu bapa kandung seorang kanak-kanak perempuan dikenali Afifah Hilya Nafisah berusia dua tahun tujuh bulan.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah, Noor Liza Azezool berkata, kanak-kanak itu ditinggalkan ibu bapa kandungnya yang juga warganegara Indonesia tanpa dokumen pengenalan diri sejak dua tahun lalu dan dijaga oleh penjaga, Norseri Ahmad Kasa dan isteri, Nor Azizah Daud.

Menurutnya, kanak-kanak itu ditinggalkan ibunya kepada penjaga semasa usianya setahun 10 bulan.

"Ibunya ketika itu memberitahu hanya mahu pulang sementara ke Indonesia untuk urusan masalah permit pekerjaannya.

"Namun hingga kini mereka tidak muncul dan datang semula ke negara ini," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Noor Liza berkata, permohonan pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 telah diluluskan untuk siaran media.

Beliau berkata, waris atau orang ramai yang mengenali ibu bapa kandung kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Aminul Husaini di talian 04-538 2584.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.158507 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list