CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 531|Reply: 0

[Pulau Pinang] APMM tahan dua bot nelayan gaji warga asing

[Copy link]
Post time 10-3-2023 07:53 PM | Show all posts |Read mode
APMM tahan dua bot nelayan gaji warga asing


BERNAMA



GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Ihsan APMM



George Town: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan dua bot nelayan tempatan kelas C kerana melanggar syarat lesen dengan menggajikan warga asing tanpa kebenaran, ketika pemeriksaan di perairan negeri itu semalam.

Pengarahnya Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata pihaknya menahan bot pertama di kedudukan 15 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi, dekat sini pada 6 petang.

"Pemeriksaan mendapati bot yang berpangkalan di Panchur, Perak itu dikendalikan oleh seorang tekong dan seorang kru warga Myanmar serta seorang lagi kru warga Thailand yang kesemuanya berusia 24 hingga 30 tahun dan gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah.

"… manakala bot kedua yang berpangkalan di Pantai Remis, Perak ditahan di kedudukan 28.2 batu nautika Barat Laut Muka Head, dekat sini pada 9.20 malam dan pemeriksaan mendapati ia dikendalikan lima kru warga Myanmar berumur 25 hingga 41 tahun serta kesemua mereka gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya kesemua lelaki warga asing itu ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.



Disiarkan pada: Mac 10, 2023 @ 6:21pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.378924 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list