CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1620|Reply: 2

[Kedah] Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu

[Copy link]
Post time 13-3-2023 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu

13 Mac 2023   10:25am






Zamri Yusuf




ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf dipilih sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baharu berkuat kuasa 1 Feb lepas bagi menggantikan Datuk Johari Abdul yang mengosongkan kerusi DUN Gurun Disember lepas.

Pelantikan wakil rakyat daripada PKR itu diumum Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat sebelum sesi pertanyaan lisan pada Persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman di sini pada Isnin.

Ketika mengumumkan perkara itu, Juhari turut memaklumkan bahawa kerusi DUN Gurun akan kekal kosong sehingga habis penggal ini.

Pada 18 Disember lepas, Johari mengumumkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Gurun berkuat kuasa serta-merta dan memberitahu telah mengutuskan sepucuk surat kepada Speaker DUN Kedah dan surat itu sah diterima bertarikh 13 Disember 2022.

Dalam pada itu, Juhari juga mengumumkan bahawa bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah yang juga ADUN Alor Mengkudu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang sebelum ini dipecat partinya kini menjadi ADUN Pakatan Harapan (PH) iaitu ahli Parti Keadilan Rakyat. - Bernama




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2023 12:07 PM | Show all posts
ADUN Bayu dilantik sebagai Senator

oleh    ROSHILA MURNI ROSLI  13 Mac 2023   11:24am






Abd Nasir




ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keenam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-14, tahun 2023 di sini pada Isnin.

Pemilihan Abd Nasir dicadangkan kerajaan negeri dan dipersetujui dalam mesyuarat berkenaan di Wisma Darul Aman.

Pelantikan beliau dibuat bagi menggantikan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya yang melepaskan keahlian pada 1 November 2022.

Turut dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu ialah Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad yang menggantikan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz yang turut melepaskan keahlian pada 1 November lalu.

Perkara itu diumumkan Speaker (DUN) Kedah, Datuk Juhari Bulat setelah tamat pertanyaan lisan sidang DUN Kedah pada Isnin.

Pelantikan kedua-dua Senator itu berkuat kuasa mulai 20 Mac 2023.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2023 06:09 PM | Show all posts
Asmirul ditegur Sanusi dalam sidang DUN

oleh   ROSHILA MURNI ROSLI13 Mac 2023 04:00pm

Asmirul (kiri) dan Sanusi.




ALOR SETAR - Asmirul Anuar Aris (PH-Kubang Rotan) ditegur oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kerana didakwa membuat tuduhan seolah-olah titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ketika merasmikan Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang ke-14 pada Ahad disediakan kerajaan negeri.

Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri membuat teguran tersebut sebelum membawa usul ucapan menjunjung kasih terhadap Sultan Kedah atas perkenan baginda menyampaikan titah tersebut.

"Walau kita bercakap di media sosial, janganlah kita buat tuduhan seolah-olah titah dizahirkan tuanku itu disediakan kerajaan negeri kerana tindakan sedemikian merendahkan institusi sultan.

"Saya tengok di TikTok semalam, Kubang Rotan ada menyebut perkara tersebut," katanya.

Muhammad Sanusi menambah, beliau membangkitkan perkara itu kerana baru-baru ini berlaku perbahasan panas di Parlimen setelah terdapat bekas menteri yang menyebut kononnya, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disediakan kerajaan Persekutuan.

"Tetapi kali ini perkara itu diulang lagi di peringkat DUN Kedah, saya zahirkan rasa kecewa atas sifat kurang cermat Kubang Rotan dalam TikTok semalam dan minta beringat lain kali," katanya.

Sementara itu, Asmirul ketika ditemui pada sidang media berkata, Muhammad Sanusi bersifat berlebihan setelah salah faham mengenai maksud yang hendak disampaikan dalam siaran langsung TikTok tersebut.

"Saya bersama ADUN pembangkang lain amat menjunjung titah disampaikan Sultan Kedah semalam.




"Yang saya pertikaikan itu bukan titah tuanku tetapi input disampaikan Menteri Besar untuk dimasukkan ke dalam ucapan baginda.

Ujarnya, dalam siaran langsung TikTok itu, mereka bercakap mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dan beliau mempertikaikan input yang diberikan Muhammad Sanusi berkaitan perkara itu.

"Mana-mana kerajaan pun biasanya akan beri input kepada titah tuanku dan kami yakin, Sultan Kedah amat bijaksana untuk menilai input diberikan itu betul atau salah.

"Saya tak pertikai titah baginda tetapi lebih kepada menghentam Menteri Besar kerana kadang-kadang apa yang disaran untuk dimasukkan ke dalam draf titah baginda itu tak betul," katanya.

Asmirul dalam masa yang sama berkata, beliau merasakan tiada sebab untuk dirinya meminta maaf berkaitan perkara itu.

"Saya fikir tak ada sebab untuk minta maaf kerana kami menjunjung titah baginda.

"Saya tak fikir ada melakukan sebarang kesalahan sebaliknya beliau (Muhammad Sanusi) yang melebih-lebih," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.357282 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list