CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4301|Reply: 0

[Pulau Pinang] 10 nelayan Myanmar ditahan bersama satu tan hasil laut

[Copy link]
Post time 13-3-2023 01:19 PM | Show all posts |Read mode
10 nelayan Myanmar ditahan bersama satu tan hasil laut

ole   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   13 Mac 2023   12:20pm






Nelayan warga Myanmar yang ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri dan permit kebenaran menggajikan kru warga asing.




GEORGETOWN - Dua bot nelayan tempatan kelas C bersama 10 nelayan warga Myanmar ditahan dalam Op Pertiwi dan Op Tanjung yang dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kedua-dua bot tersebut ditahan pada jam 11.30 hingga 11.55 pagi, Ahad di kedudukan 32 batu nautika Barat Laut Pulau Kendi.

Menurutnya, bot pertama dan kedua masing-masing dikendalikan oleh seorang tekong dan empat nelayan Myanmar berusia lingkungan 20 hingga 41 tahun.

"Pemeriksaan awal mendapati, dua bot itu berpangkalan di Bagan Hutan Melintang, Perak.

"Hasil pemeriksaan lanjut, tekong dan kesemua nelayan dua bot itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kebenaran menggajikan kru warga asing manakala pemilik bot disyaki melakukan kesalahan kerana membenarkan warga asing tinggal dalam bot kepunyaannya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Nelayan warga Myanmar ditahan untuk membantu siasatan.






Menurutnya, 10 nelayan tersebut ditahan bersama 1,000 kilogram hasil laut dipercayai tangkapan dari perairan di sini.

"Dua buah bot, 10 nelayan dan hasil tangkapan dibawa ke Jeti Pusat Tahanan Vesel Maritim Pulau Pinang sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan.




"Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran," katanya.

Beliau turut memberi amaran agar semua pihak terutama pengusaha atau pemilik bot supaya tidak melanggar peraturan di laut termasuk menggajikan pendatang asing dengan menggunakan bot mereka.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.057140 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list