CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4896|Reply: 0

[Pulau Pinang] JAS Pulau Pinang tolak 25 laporan EIA tahun lalu

[Copy link]
Post time 13-3-2023 03:38 PM | Show all posts |Read mode
JAS Pulau Pinang tolak 25 laporan EIA tahun lalu


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



Sharifah Zakiah Syed Sahab (dua dari kiri) melawat pameran ketika hadir merasmikan ‘Environmental Seminar: Invest In Our Planet’ bersempena Hari Bumi 2023 di sini. FOTO Danial Saad




Butterworth: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang menolak 25 laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) daripada sejumlah 40 laporan EIA yang diterima membabitkan 27 projek pembangunan di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pecahan projek terbabit membabitkan tujuh aktiviti kawasan cerun, pengolahan dan pelupusan sisa serta estet dan perindustrian masing-masing enam projek.

Selain itu, empat projek membabitkan kawasan pantai, industri kimia (dua) manakala perlombongan dan kuari masing-masing satu projek dengan peratus kelulusan projek adalah 55.6 peratus.

"Terdapat pemaju yang mengemukakan permohonan EIA lebih daripada sekali dengan kebanyakan laporan tidak diluluskan kerana ia tidak lengkap daripada aspek teknikal serta belum mematuhi ulasan agensi berkaitan.

"Selain itu, terdapat projek yang sukar untuk kita memberi pertimbangan kelulusan kerana membabitkan kawasan berkecerunan tinggi misalnya bagi projek pembangunan strata.

"Kita juga ada mendapatkan pandangan pihak kedua atau ketiga misalnya pakar bidang tertentu seperti geoteknikal bagi mencapai keputusan yang telus dan adil," katanya selepas merasmikan Seminar Pelaburan Planet Kita di sini, hari ini.

Sharifah Zakiah memaklumkan EIA yang ditolak pada peringkat JAS negeri tidak membabitkan projek pembangunan tiga pulau buatan iaitu Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) kerana ia dikendalikan Ibu Pejabat JAS.

Katanya, bagi EIA yang diproses di JAS Pulau Pinang pihaknya berpandu kepada piagam pelanggan waktu pemprosesan selama lima minggu dan laporan yang dihantar akan ditolak jika maklumat yang diperlukan tidak dilengkapkan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, antara kelemahan yang diperhatikan ialah terdapat laporan yang dikemukakan tidak mengambil kira keperluan polisi, pelan struktur, guna tanah termasuk keperluan zon penampan.

Menurutnya terdapat laporan pramatang yang dikemukakan secara 'trial dan error' yang mana terdapat perkara belum dikaji atau belum selesai dikaji tetapi sudah dikemukakan kepada JAS.

"Antara sebab mengapa perkara ini berlaku adalah mungkin kerana laporan EIA masih lagi diproses secara percuma oleh JAS dengan tiada sebarang caj dikenakan untuk pemprosesan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP).

"Meskipun ia percuma penyediaan dan penghantaran semula laporan secara berulang-ulang hanya meningkatkan kos dan masa kepada pemaju serta semua pihak termasuk JAS serta agensi terbabit," katanya.



Disiarkan pada: Mac 13, 2023 @ 3:23pm














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.041176 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list