CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 0

Deschamps risau padang teruk akibat final ragbi

[Copy link]
Post time 18-6-2023 10:59 AM | Show all posts |Read mode

DESCHAMPS luah rasa kegusaran padang Stade de France berada dalam keadaan teruk akibat aksi ragbi semalam. FOTO AFP

Paris: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengakui risau dengan keadaan padang Stade de France menjelang aksi Kumpulan B kelayakan Euro 2024 menentang Greece awal pagi Selasa.

Kebimbangan itu timbul memandangkan padang tersebut turut digunakan bagi aksi final Kejohanan Ragbi Top 14 antara Toulouse dan La Rochelle yang berlangsung awal pagi tadi.

Justeru, Deschamps mengharapkan sentuhan penjaga padang stadium bagi memastikan keadaan padang berada dalam keadaan terbaik bagi memastikan pemain-pemainnya tidak berdepan masalah ketika melayan kunjungan Greece.

"Secara jujur, padang Stade de France akan bekerja keras ketika perlawanan akhir kejohanan ragbi itu. Saya mengharapkan penjaga padang stadium bagi memastikan keadaan padang kekal baik.

"Saya sudah bercakap dengan mereka sebelum ini dan mereka berjanji untuk lakukan yang terbaik. Kami akan lakukan latihan dalaman terlebih dahulu sebelum turun berlatih di stadium," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pemainnya supaya tidak memandang rendah keupayaan Greece meskipun Les Bleus mencatat kemenangan selesa ke atas Gibraltar pada perlawanan semalam.

"Saya bukan mahu memperkecilkan kemampuan Gibraltar, namun jentera serangan Greece lebih berbahaya. Justeru, saya mahukan kemenangan bagi memastikan kami semakin hampir dengan matlamat utama," ujar Deschamps.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -akibat-final-ragbi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.047389 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list