View: 251|Reply: 0
|
[Johor]
Sebiji mangga cecah 5 kg
[Copy link]
|
|
Sebiji buah mangga yang ditanam Arwah Ayah Muhammad Yusri dihadapan rumah seberat 5 kilogram. FOTO IHSAN MUHAMMAD YUSRI SAPIEH
Johor Bahru: Saiznya saban tahun semakin besar, malah kini berat sebiji mangga yang ditanam di hadapan rumah di Pulai Flora, Skudai, di sini, mencecah lima kilogram (kg).
Pemiliknya, Muhammad Yusri Sapieh, 34, berkata, pokok mangga itu ditanam arwah bapanya menerusi semaian biji sejak 13 tahun lalu.
Katanya, bukan saja semakin membesar, buah yang dihasilkan juga manis dan segar.
"Saya tidak tahu jenis mangga apa yang ditanam ayah, 10 tahun lalu abang saya ada membeli buah mangga itu di bahagian utara tanah air. Tetapi buah mangga yang dibeli abang tidaklah sebesar ini saiznya, hanya dianggarkan tiga kilogram saja.
"Sebenarnya walaupun ayah sudah tanam pokok mangga ini sejak 13 tahun lalu, ia baru berbuah tiga tahun kebelakangan ini. Sepanjang 10 tahun mangga ini tidak berbuah pun.
"Pokok ini berbuah tidak mengira musim, tetapi sekali berbuah ada lebih 20 biji yang purata berat sebiji antara tiga hingga 4.2 kilogram. Ini kali pertama buah mangga mencecah berat lima kilogram," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Muhammad Yusri berkata, kebanyakan buah mangga itu akan disedekahkan kepada jiran dan ahli keluarga terdekat.
Katanya, selepas memuat naik gambar sebiji mangga seberat lima kilogram di Facebook (FB), ramai yang mahu membeli untuk dijadikan benih.
"Ada juga yang beritahu di ruangan komen bahawa mangga ini jenis buah dari Thailand tetapi tidak tahu kebenarannya.
"Buah ini besar sampai awal tahun lalu bonet Perodua Myvi saya yang diletakkan di bawah pokok kemek kerana sebiji mangga jatuh atas kereta," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-mangga-cecah-5-kg |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|