View: 227|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
RM4.2 juta lesap angkara pelaburan tak wujud
[Copy link]
|
|
Seremban: Dua individu kerugian lebih RM680,000 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud sebuah syarikat yang menawarkan pulangan dua hingga lima peratus sebulan.
Susulan daripada laporan yang dibuat mangsa pada Mac lalu, dua suspek iaitu pemilik akaun bank yang dipercayai terbabit dengan pelaburan itu ditahan 12 Mac lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, polis masih menjalankan siasatan kes berkenaan dan sedang memburu suspek yang dipercayai turut terbabit dengan 25 laporan di seluruh Malaysia dengan kerugian mencecah RM4.2 juta.
"Pada awal bulan ini, Polis Kontinjen Negeri Sembilan membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membabitkan kes tipu pelaburan saham tidak wujud menawarkan keuntungan dua ke lima peratus setiap bulan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, laporan pertama dibuat pada 2 Mac lalu di daerah Port Dickson oleh seorang lelaki berusia 71 tahun yang berurusan melalui Facebook serta Whatsapp sebelum membuat bayaran ke dua akaun sebanyak RM550,000.
"Laporan kedua pada 3 Mac lalu dibuat di Seremban oleh seorang wanita berusia 49 tahun yang berurusan melalui Instagram dan Whatsapp dengan membuat pembayaran ke lima akaun sebanyak RM132,688.
"Rentetan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan menangkap dua pemilik akaun membabitkan seorang lelaki berusia 44 tahun di ibu negara dan seorang wanita berusia 44 tahun di Sabah.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mengesan suspek yang masih bebas," katanya.
Jelas beliau, setakat ini sejumlah 25 kertas siasatan dibuka di seluruh negara membabitkan modus operandi sama dan dipercayai dilakukan suspek sama dengan kerugian sebanyak RM4.2 juta.
"Polis ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan yang tinggi atau tidak masuk akal.
"Semak pendaftaran syarikat terbabit dengan pihak berkuasa sama ada polis atau Bank Negara Malaysia (BNM). Sekiranya menyedari ditipu, segera hubungi hotline National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 bagi melaporkan kejadian," katanya
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pelaburan-tak-wujud |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|