CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tipu jual beli baju kurung, penjual online didenda RM2,000

[Copy link]
Post time 17-7-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Sopri (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan menipu urusan jual beli baju kurung membabitkan nilai kerugian RM320 pada Mac lalu. -Foto NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Seorang penjual baju kurung dalam talian dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan menipu urusan jual beli baju kurung membabitkan nilai kerugian RM320 pada March lalu.

Tertuduh, Mohd Sopri Togil, 47, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan sebaik dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati melakukan penipuan terhadap mangsa seorang perempuan berusia 46 tahun dengan memperdaya mangsa melakukan pembayaran dalam talian ke akaun tertuduh atas tujuan pembelian baju kurung menyebabkan kerugian RM320.

Perbuatan berkenaan dilakukan pada 27 March di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, di sini.

Oleh demikian, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon agar hukuman yang dikenakan dapat dikurangkan memandangkan akaunnya telah dibekukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dua minggu sebelum hari raya.

“Semasa saya berniaga, akaun saya telah dibekukan KPDN dua minggu sebelum Raya (Hari Raya Aidilfitri). Aset saya dirampas ada aduan di KPDN. Ada kelewetan dari segi production (pengeluaran) baju, aset saya dirampas, saya tak berpeluang bagitahu kepada pelanggan.

Majistret kemudiannya bertanyakan sebab utama sitaan berkenaan dibuat.

“Mesti ada sebab, kalau kamu tak buat hal (perkara), mesti tak ada aduan KPDN,” tegas Majistret.

Tertuduh kemudiannya menyatakan terdapat kes serupa membabitkan pembeli berlainan.

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda tersebut sebagai memberi amaran kepada penjual atau orang awam lain untuk tidak sewenang-wenangnya menipu pembeli. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... ine-didenda-rm2000/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.042595 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list