CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1681|Reply: 0

[Perak] 'Dia cakap takut' - Ibu pengidap barah mata

[Copy link]
Post time 9-8-2023 02:51 PM | Show all posts |Read mode

Nur Mardhiah kemungkinan hilang pendengaran sepenuhnya selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada telinga kirinya. FOTO Ihsan Nur Natasya Rasid

Ipoh: Penghidap barah mata tahap lima, Nur Mardhiah Shahadah Abdul Hadi kemungkinan akan hilang pendengaran sepenuhnya selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada telinga kirinya pagi hari ini.

Ibunya, Nur Natasya Rasid, 27, mengakui luluh hatinya apabila diberitahu oleh doktor mengenai implikasi akan berlaku kepada anaknya yang mesra disapa Mardhiah, 6, itu.

Ia kerana sebelum ini Mardhiah hilang pendengaran kanan dan dapat mendengar pada tahap 50 peratus saja untuk telinga kirinya.

Bagaimanapun, Nur Natasya sudah berbincang dengan suaminya, Iqmal Ramli, 28, dan mengikut saranan doktor yang mengesyorkan pembedahan sebagai alternatif demi kebaikan anaknya itu.

"Pembedahan dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Mardhiah masuk ke dalam bilik bedah pada 8.30 pagi hari ini.

"Difahamkan, tempoh pembedahan agak lama iaitu mengambil masa kira-kira lima hingga tujuh jam bergantung dan prosedurnya sama seperti sebelum ini, bezanya membabitkan telinga kiri.

"Mardhiah stabil untuk pembedahan cuma seumur hidup dan sepanjang sakit, dia tak pernah sebut takut tapi sebelum pembedahan tadi, dia cakap takut ketika hubungi papanya (bapa).

"Ikutkan saya pun gementar walaupun sudah lebih 30 kali Mardhiah menjalani pembedahan tetapi tawakal dan berserah saja kepada Allah," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ditanya persediaannya jika Mardhiah hilang pendengaran kekal, Nur Natasya berkata, dia sudah mula ambil inisiatif mempelajari bahasa isyarat secara dalam talian.

"Buat masa ini, ada belajar sedikit menerusi carian maklumat dan menonton video di Internet.

"Saya akan terus belajar sehingga mahir kerana perlu tahu bahasa isyarat, jika tidak bagaimana nak berkomunikasi dengan Mardhiah nanti?," katanya.

Berhubung soal kewangan, Nur Natasya berkata, buat masa ini, dia masih masih mencari rezeki dengan menjual koktel manakala suaminya bekerja sambilan sebagai pembantu di tapak mainan kanak-kanak.

"Itu saja yang dapat kami lakukan buat masa ini kerana perlu beri perhatian kepada Mardhiah memandangkan dia masih ada janji temu dengan doktor di hospital jadi kami perlu waktu kerja fleksibel," katanya.

Pada Ogos 2019, Harian Metro pernah menyiarkan kisah Mardhiah (ketika itu berusia 22 bulan) diuji dengan barah mata hingga menyebabkan pancaindera kirinya buta dan rabun di sebelah kanan.

Selain barah, Mardhiah juga menderita masalah usus, paru-paru kronik dan kaki bengkok menyebabkan pergerakannya terbatas hingga terpaksa menggunakan alat sokongan.

Orang ramai yang berhasrat membantu Mardhiah boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB bernombor 7634138054 atas nama Muhammad Iqmal Ramli.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pengidap-barah-mata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.066397 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list