CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2131|Reply: 0

[Selangor] ‘Hakisan Pantai Kelanang makin teruk, kami risau gerai tenggelam’

[Copy link]
Post time 10-8-2023 10:31 AM | Show all posts |Read mode

HASNUL (kanan) dan Shahrir (dua dari kiri) melihat kesan hakisan pantai yang menghampiri kawasan letak kereta di Pantai Kelanang, Kuala Langat semalam. – ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LANGAT – Masalah ha­kisan yang berlaku di Pantai Kelanang di sini sejak dua tahun lalu semakin meruncing dan keadaan itu membimbangkan para peniaga yang menjalankan perniagaan di pantai peranginan tersebut.

Meskipun sebelum ini benteng pasir dipasang di situ, namun ia masih gagal menahan pukulan ombak besar sehingga menyebabkan ‘ban’ itu pecah pada 2021.

Menurut Pengerusi Peniaga Gerai Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Pantai Kelanang, Shahrir Minit, 65, hakisan sepanjang 40 meter di pantai itu me­nimbulkan keresahan terhadap keselamatan para peniaga yang berurusan di kawasan tersebut.

Selain itu, ujarnya, jika situasi itu berterusan tanpa ada usaha untuk mengatasinya oleh pihak berwajib, dikhuatiri lama-kelamaan perniagaan mereka terjejas kerana tiada lagi pengunjung yang mahu datang ke situ.

“Hakisan pantai sepanjang kira-kira 40 meter ini menyebabkan air pasang besar yang berlaku di situ sampai ke kawasan daratan.

“Jarak hakisan juga semakin dekat dengan kawasan parkir dan kami risau gerai ini akan runtuh atau ‘tenggelam’ sekiranya tiada tindakan dilakukan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa memandang serius perkara itu dan melakukan sesuatu sebelum terlambat demi menjaga ‘periuk nasi’ para peniaga di kawasan terbabit.

Seorang peniaga yang mahu dikenali Liza, 61, di kawasan itu terdapat lebih 10 individu yang menjalankan perniagaan sejak 2004.

“Kami bergantung kepada kunjungan orang ramai terutamanya mereka yang datang untuk beriadah termasuk di hujung minggu untuk datang membeli barangan yang dijual.

“Jika hakisan terus dibiarkan, lama-kelamaan kami akan hilang sumber pendapatan,” katanya.

Sementara itu, penyandang yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib, Hasnul
Baharuddin memberitahu, perbincangan telah dilakukan dengan pihak berkuasa tempatan bagi pembinaan struktur baharu pemecah ombak yang masih dalam proses pelaksanaan.

Jelas bekas Timbalan Speaker DUN Selangor itu, pantai ini me­rupakan antara lokasi untuk Projek Kelanang Harbour & Aquatic Township Center.

“Penambakan tanah dan tebus guna tanah untuk pulau buatan akan dilakukan dengan kertas kerja berkaitannya sedang dilengkapkan sebelum ini,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... au-gerai-tenggelam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.047021 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list