View: 1281|Reply: 0
|
[Perak]
Keputusan besar?.. Saya tidak pernah keluar kenyataan itu - MB Perak
[Copy link]
|
|
KENYATAAN palsu yang tular. FOTO Facebook Saarani Mohamad
Ipoh: 'Saya tidak pernah keluarkan kenyataan sedemikian. Nasihat saya, hentikanlah politik fitnah dan adu domba begini," kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Itu reaksi Saarani susulan penyebaran kenyataan palsu di media sosial kononnya Perak akan membuat 'keputusan besar' sekiranya kerajaan Negeri Sembilan gagal diterajui oleh Menteri Besar daripada Barisan Nasional (BN).
"Pilihan raya umum dan negeri sudah selesai, wakil rakyat sudah dipilih.
"Ini masa untuk kita bekerja untuk rakyat, (maka) hentikanlah politik fitnah yang tidak menguntungkan apa-apa kepada rakyat dan negara,' kata dalam hantaran di Facebook hari ini.
Kenyataan palsu itu menyebut, 'Andainya Negeri Sembilan gagal diterajui oleh Menteri Besar daripada BN, Perak tidak teragak-agak untuk membuatkan suatu keputusan yang besar. Perpaduan ini haruslah disokong dengan keadilan. BN merupakan pemegang kerusi paling banyak di Negeri Sembilan'.
Poster yang memaparkan wajah Saarani itu turut menggunakan logo jata negeri Perak serta logo Perak Sejahtera 2030 yang disunting daripada poster agenda pelan pembangunan negeri Perak yang dicetuskan oleh Saarani.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yataan-itu-mb-perak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|