CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 941|Reply: 0

[Melaka] Kerajaan anjur 5,000 sesi Jualan Agro Madani

[Copy link]
Post time 3-9-2023 04:17 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Sabu (kiri) membuat pengumuman jualan lelong ayam dengan harga RM6.60 seekor pada Karnival Jualan Mega Agro Madani Peringkat Kebangsaan 2023 di Dataran Sejarah, Ayer Keroh. FOTO BERNAMA

Melaka: Kerajaan akan menganjurkan 5,000 sesi Jualan Agro Madani dengan nilai sasaran jualan sebanyak RM39 juta pada tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, setakat 27 Ogos lalu, sebanyak 1,559 program jualan dilaksanakan di kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara membabitkan jualan sebanyak RM32.7 juta dan penjimatan sebanyak RM9.81 juta.

"Sebanyak 25,073 usahawan menyertai program jualan ini membabitkan 779,000 pengunjung," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, menerusi Jualan Agro Madani itu, komoditi jualan diperluas meliputi produk segar dan barang kawalan dengan penjimatan 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat bagi komoditi terpilih.

Katanya, Jualan Agro Madani akan terus diperkasa sebagai satu daripada usaha berterusan kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat di samping meningkatkan pendapatan usahawan tani.

Program Jualan Agro Madani merupakan satu daripada inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat di seluruh negara terutamanya di kawasan berkepadatan penduduk.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jualan-agro-madani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.095563 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list