View: 2626|Reply: 0
|
[Terengganu]
Kerajaan sedia tanah untuk industri ternakan ayam penelur
[Copy link]
|
|
Dr Azman (tengah) melawat syarikat ladang ternakan ayam penelur milik anak jati Terengganu di Kalumpang, Hulu Selangor, semalam. NSTP/Baharom Bakar
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menyediakan tanah seluas kira-kira 121.5 hektar untuk industri penternakan ayam penelur di daerah Setiu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi, Dr Azman Ibrahim, berkata industri ternakan ayam penelur akan diwujudkan di daerah Setiu bagi membantu rakyat negeri ini dan seluruh negara dalam berdepan masalah gangguan bekalan telur.
"Kita sudah mengadakan perbincangan dengan pengurusan sebuah syarikat ladang ternakan ayam penelur milik anak jati negeri ini yang beroperasi di Kalumpang, Hulu Selangor.
"Hasil perbincangan awal dengan pengurusan syarikat ternakan itu sangat positif untuk mengundang mereka balik berbakti kepada negeri sendiri," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, berkata syarikat pengurusan ternakan ayam penelur itu menternak sejuta ekor dengan kapasiti pengeluaran melebihi 500,000 biji sehari.
Katanya, syarikat itu juga memiliki ladang penetasan anak ayam dan kilang yang mampu memproses makanan haiwan berkenaan.
"Setiu akan menjadi pengeluar telur ayam yang bukan sahaja mampu menyumbang penyelesaian masalah gangguan bekalan sumber protein yang dihadapi rakyat.
"Kita juga mampu menyelesaikan masalah bekalan telur ayam dikuasai oleh pihak kartel," katanya.
Dr Azman berkata, kerajaan negeri masih membuka peluang kepada syarikat atau individu yang berminat untuk mengusahakan penternakan ayam penelur dengan menyediakan tanah penternakan di daerah Setiu.
"Langkah kerajaan menyediakan tanah adalah bertujuan memberi peluang kepada rakyat atau syarikat yang berminat untuk mengusahakan ternakan ayam penelur.
"Kita mesti mengurangkan kebergantungan kepada bekalan telur ayam daripada luar negeri ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... rnakan-ayam-penelur |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|