CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1429|Reply: 0

[Terengganu] 10 sekeluarga tinggal berhimpit macam sardin

[Copy link]
Post time 17-10-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode

Amiruddin Mohd,48, dari Kampung Laut lumpuh sebelah badan bersama anaknya, Nur Amira, 18 dan Amsyar asraf,6. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI

Kuala Terengganu: Kedaifan hidup memaksa 10 sekeluarga terpaksa tinggal berhimpit dalam sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), di Kampung Laut, di sini.

Lebih menyedihkan apabila ketua keluarga iaitu Amiruddin Mohd, 48, lumpuh sebelah badan akibat diserang angin ahmar sejak Januari 2022 sekali gus tidak mampu bekerja serta hilang punca pendapatan.

Amiruddin berkata, dia simpati melihat isterinya, Rohana Harun, 47, bekerja sendirian semata-mata untuk menampung perbelanjaan keluarga.

"Isteri bekerja sebagai pelayan kedai makan dengan pendapatan RM20 sehari dan melalui pendapatan itu kami sekeluarga makan dan minum.

"Empat daripada lapan anak masih bersekolah, sementara tiga anak lelaki bekerja buruh binaan dan seorang anak perempuan tidak bekerja.

"Anak lelaki yang bekerja hanya mampu menanggung keperluan diri masing-masing sahaja kerana pendapatan mereka tidak besar serta masih tinggal bersama keluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Katanya, dia bekerja sebagai tukang rumah sebelum diserang angin ahmar dan kini hilang kemampuan untuk bekerja seperti biasa.

"Masalah kewangan yang menghantui keluarga menyebabkan saya kerap meminjam wang daripada kenalan selain terpaksa makan ala kadar.

"Nasi kosong berlauk telur goreng antara menu pilihan setiap kali tidak mempunyai wang untuk membeli bahan makanan lain," katanya.

Katanya, pada masa sama dia sekeluarga hidup dalam kebimbangan berikutan rumah PPRT yang didiami sejak 30 tahun lalu kini semakin uzur dan akan runtuh.

"Dinding rumah retak dan setiap kali hujan atau ribut berlaku, ia seakan ingin runtuh dan menghempap kami sekeluarga.

"Rumah PPRT ini terlalu uzur untuk didiami 10 orang dan hanya menunggu masa untuk roboh," katanya.

Katanya, dia berharap ada pihak yang prihatin untuk membantu keluarganya yang dihimpit kesusahan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... himpit-macam-sardin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.047768 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list