CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 954|Reply: 0

[Terengganu] Tunggu arahan untuk dakwa peniaga kibar bendera Israel

[Copy link]
Post time 25-10-2023 11:49 AM | Show all posts |Read mode

MAZLI. FOTO Arkib NSTP

Kuala Terengganu: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes peniaga lelaki didakwa mengibar bendera Israel di premisnya di sini minggu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan lelaki berusia 30-an dan menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN).

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang Dan Nama 1963 (Penggunaan Tidak Wajar), Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 iaitu perbuatan dengan niat untuk menganggu keamanan dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Siasatan juga mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah selain dikehendaki untuk kes Seksyen 39C ADB 1952," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini.

Mazli turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan tindakan yang boleh membangkitkan kegusaran masyarakat termasuk mengibar bendera Israel yang boleh mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.

Katanya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang dikesan melakukan kesalahan atau memainkan isu sensitif yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman awam.

Terdahulu, tular di media sosial gambar bendera Israel dikibarkan di sebuah premis perniagaan di Terengganu sejak Khamis lalu.

Tindakan itu mencetus kecaman dan kemarahan pengguna media sosial kerana ia seolah-olah menyokong Israel dan tidak sensitif dengan kekejaman yang sedang dialami rakyat Palestin ketika ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ibar-bendera-israel

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.416850 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list