CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1494|Reply: 0

[Terengganu] 'Saya dengar wanita menjerit sebelum lihat dia dilanggar'

[Copy link]
Post time 1-11-2023 12:33 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Nazdy Harun

Kuala Berang: Mayat wanita berusia lingkungan 50 hingga 60-an ditemukan di dalam longkang dipercayai dibunuh berdekatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu di Jalan Batu 23, dekat sini.

Mangsa dipercayai warga tempatan ditemukan tertiarap oleh orang awam kira-kira jam 3 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa dilanggar oleh seorang suspek di lokasi kejadian yang kemudiannya bertindak melarikan diri.

Tinjauan di tempat kejadian mendapati sebuah Honda Jazz yang mempunyai kesan kemalangan turut berada berhampiran lokasi penemuan mayat.

Setakat ini polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian manakala mayat dibawa ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia yang berada di kawasan berhampiran terdengar suara wanita menjerit meminta tolong.

"Tidak berapa lama kemudian ternampak kelibat seorang wanita di tepi jalan dan dilanggar sebuah kereta sehingga terjatuh ke dalam longkang.

"Individu yang memandu kereta itu kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan lain.

"Selepas itu saya hampiri kawasan longkang dan melihat mangsa dalam keadaan tertiarap," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lihat-dia-dilanggar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.098189 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list