CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1936|Reply: 18

[Tempatan] Harakahdaily buat hal lagi, kad kewartawanan ditarik

[Copy link]
Post time 7-11-2023 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 7-11-2023 11:56 PM



KUALA LUMPUR: Jabatan Penerangan hari ini didakwa menarik semula Kad Perakuan Media wartawan Harakahdaily dipercayai mempunyai kaitan dengan penyiaran artikel memaparkan foto Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bendera Israel.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa pihak Harakahdaily menerima surat penarikan kad media berkenaan dari Jabatan Penerangan, hari ini.

"Janganlah ambil tindakan terhadap kami akhbar-akhbar yang di atas nama parti ini.

"Ya, saya akui teguran PM pagi tadi, berhubung Harakah (artikel dengan gambar Anwar berlatar belakangkan bendera Israel) tetapi hari ini Harakah terima surat Jabatan Penerangan diambil balik kad media wartawan Harakah.

Satu tindakan yang tidak pernah akhbar Harakah alami sejak disebut zaman maha zalim, tak pernah ambil tindakan," katanya pada perbahasan Belanjawan 2024 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara, di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, ketika membahaskan isu perpaduan, Ahmad Fadhli menyarankan, kerajaan mengambil tindakan kepada pihak termasuk media yang menyentuh isu sensitif yang boleh menggugat perpaduan.

"Kita tahu mengukuhkan antara kaum dan agama, negara masih menghadapi cabaran dalam mengurangkan sentimen Islamophobia.

"Saya ambil contoh (akhbar berbahasa Cina) dalam hukum menyambut perayaan Halloween dikeluarkan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), mendapat komen sangat negatif dalam kalangan netizen, maaf saya sebut yang belum memahami Islam.

"Begitu juga dengan artikel dikeluarkan tokoh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menyatakan haram bagi Muslim menyertai acara larian ditaja bank (amalkan) riba," katanya.

Katanya, beliau tidak berniat menyalahkan pihak terbabit, namun jika dibiarkan ia akan akan mewujudkan persepsi negatif terhadap umat Islam.

"Saya tak nak salahkan akhbar ini tetapi kalau kita tengok artikel seperti itu menjadi 'kenduri' besar netizen.

"Jadi, kerajaan perlu mengambil tindakan kepada akhbar ini dan menasihatkan mereka supaya komen yang ganggu sensitiviti agama tak boleh dibiarkan kerana mengganggu perpaduan," katanya.

Ahmad Fadhli turut menggesa kerajaan mengawal setiap hantaran yang boleh menggugat perpaduan masyarakat dengan memberi contoh hantaran dibuat Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming.

"Saya tidaklah kata dia bermaksud demikian (gugat perpaduan), tetapi posting seperti disebut YB Teluk Intan sebagai contoh apabila beliau memaparkan pakaian kanak-kanak pakai serban dan menyertai solidariti dan dinyatakan sekolah bukan tempat untuk konflik, fahaman ekstremis dan sebagainya ia difahami sebagai menghina pakaian ini.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan sepatutnya menunjukkan contoh dengan tidak menyentuh isu 3R berikutan ia mudah disalah tafsirkan pelbagai pihak terutama netizen.

Terdahulu, pada sesi persidangan Dewan Rakyat pagi tadi, Anwar dengan nada berang memberi amaran kepada PAS kerana mengaitkan beliau dengan Israel dalam sebuah laporan artikel disiarkan Harakah Daily.

Anwar berkata, dia bengang apabila gambarnya berlatar belakangkan bendera Israel disiarkan dalam portal terbabit sedangkan beliau dan kerajaan bergelut menyokong perjuangan dan membantu Palestin yang berterusan dibedil rejim Zionis sejak 7 Oktober lalu.







Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 20 Users voted

Count down: 48 Days10 Hours24 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah zaman Najib lg teruk korang pitenah mcm2. Btw iols lg simpati dibah aa ditarik rambut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2023 12:12 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 8-11-2023 12:07 AM
Alah zaman Najib lg teruk korang pitenah mcm2. Btw iols lg simpati dibah aa ditarik rambut




Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 03:27 AM | Show all posts
patutnyd tukor..harakah daily meroyan lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:37 AM | Show all posts
padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Rdizz at 8-11-2023 07:36 AM

Haa rasakan, melampau sgt!






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2023 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustad pas ni ingat boleh suka-suka  kaitkan orang dengan zionist.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kad kewartawanan reputz cari pun patut di tarik balik sbb masing2 haukzzz

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 07:41 AM | Show all posts
kad2 tu semua x penting. percayalah semua yg berlaku ada hikmahNya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Good to knowwww

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 10:53 AM | Show all posts
Fitnah lah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 10:55 AM | Show all posts
pasal tak pernah diambil tindakanlah korang makin menjadi-jadi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 11:20 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 11:32 AM | Show all posts
Padan muka.
Dah kebiasaan ini makanan depa hari2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 11:37 AM | Show all posts
harakah ni patut di tukar menjadi majalah seperti playboy
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana 'lidah kebenaran' nak berkata2 lepas ni?jomlah berguling2 di padang merbok sambil membawa tin milo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 12:29 PM | Show all posts
pmx seorang ultra pemaaf..baik sangat,sbb tu tak putus2 kena fitnha ngn lobai walaun..patutnya saman je la sampai lobai tinggal spender!..dah byk kali fitnah pastu mintak maaf,fitnah,mintak maaf.ulang2 smpai  bila!!!??
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 08:37 PM | Show all posts
Dah nak bangkrap pun masih eksyen .....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambil tindakan kat Mariyah Holding juga yang kutuk Melayu malas tu.

Bias betul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.073213 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list