View: 1006|Reply: 0
|
Pan Gon sudah pilih yang terbaik
[Copy link]
|
|
Pan Gon sudah pilih yang terbaik
Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Di sebalik pertikaian susulan pemilihan pemain bagi menghadapi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon percaya barisan kejurulatihan sudah memilih barisan pemain terbaik kali ini.
Pan Gon menegaskan senarai pemain yang dipilih kali ini adalah kena dengan 'selera' dan pendekatan serta perancangan yang akan diterapkan untuk menentang Kyrgyzstan dan Taiwan nanti.
Katanya, setiap pemain dipilih selepas mempertimbangkan pelbagai aspek penting seperti teknikal dan juga taktikal.
"Kita sentiasa memilih pemain yang terbaik untuk setiap kem dan saya tahu ada pandangan yang berbeza terhadap pemilihan yang kita lakukan.
"Tetapi kita hanya boleh memilih 23 pemain di mana dua pemain bagi setiap posisi. Kita ada pendekatan berbeza dan kita menuntut sesuatu yang berlainan dalam setiap posisi.
"Ada pemain yang baik di luar sana dan berada dalam senarai menunggu tetapi ada peluang untuk mereka masuk dalam senarai. Cuma kita memilih 23 pemain ini atas sebab taktikal dan teknikal.
"Saya percaya mengikut pendekatan, perancangan dan falsafah kita, saya berpendapat kami sudah memilih pemain yang terbaik untuk skuad kebangsaan," kata Pan Gon pada hari pertama latihan skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), petang tadi.
Sebagai rekod, skuad kebangsaan akan menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini sebelum terbang ke Taiwan untuk aksi kedua, 21 November ini.
Dalam perkembangan sama, Pan Gon mengesahkan dua pemain berpengkalan di luar negara iaitu Dion Cools dan Junior Eldstal belum lagi melapor diri setakat ini.
"Mereka akan tiba pada hari Isnin kerana mereka ada komitmen bersama kelab masing-masing," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... -pilih-yang-terbaik
|
|
|
|
|
|
|
| |
|