CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 889|Reply: 0

Bundesliga: Tuchel enggan kritik pemain biarpun kecewa

[Copy link]
Post time 13-11-2023 04:39 PM | Show all posts |Read mode

KANE terus mempamerkan aksi terbaik bersama Bayern apabila meledak dua gol untuk membantu kemenangan pasukan itu ke atas Heidenheim. - AFP

MUNICH – Jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel memuji semangat juang ditampilkan barisan pemainnya ketika menewaskan Heidenheim 4-2 dalam saingan Bundesliga di Allianz Arena malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, Bayern memastikan tiga mata menjadi milik mereka menerusi dua jaringan Harry Kane serta masing-masing satu gol sumbangan Raphael Guerreiro dan Eric Maxim Choupo-Moting.

Walaupun mencatat kemenangan, namun Tuchel tetap tidak berpuas hati dengan aksi keseluruhan ditampilkan barisan pemainnya apabila banyak melakukan kesilapan mudah yang memberi ruang kepada pasukan lawan menyerang.

“Kami melakukan banyak kesilapan pada perlawanan hari ini (kelmarin). Bagaimanapun, selepas minggu yang padat selain melakukan beberapa pertukaran pemain, saya tidak mahu terlalu mengkritik prestasi pemain hari ini (kelmarin).

“Apa yang pasti, semua pemain sangat penat dari segi fizikal dan mental. Walaupun masih ada kekurangan dari segi permainan tetapi saya gembira kerana kami berjaya dapatkan tiga mata penting,” katanya.

Bekas pengurus Chelsea itu juga mengakui skuad kendaliannya sedikit tersentak ketika pasukan lawan menyamakan kedudukan 2-2 sehingga memaksa beliau untuk melakukan beberapa perubahan terhadap taktikal Bayern.

“Reaksi yang ditunjukkan ketika kedudukan 2-2 sangat bagus. Kami seolah-olah menukar gear dan meningkatkan tempo permainan sehingga berjaya meletakkan pasukan lawan dalam keadaan gelabah,” ujar Tuchel. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ain-biarpun-kecewa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.128383 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list