CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2306|Reply: 0

Isa dirisik pasukan Liga Super

[Copy link]
Post time 20-11-2023 07:12 AM | Show all posts |Read mode
Isa dirisik pasukan Liga Super


Beberapa pasukan Liga Super sudah mula merisik penyerang sensasi TFC II, Muhammad Isa Raman. – Foto Facebook Terengganu FC


KUALA TERENGGANU: Berikutan aksi membanggakan ketika membantu Terengganu FC II muncul juara Piala MFL baru-baru ini, penyerang sensasi skuad itu Muhammad Isa Raman kini sudah diintai beberapa pasukan Liga Super.

Bagaimanapun pemain berusia 23 tahun kelahiran Kuala Nerus itu berkata, dia masih belum membuat keputusan muktamad mengenai destinasinya musim depan biarpun sudah dirisik.

Ini kerana bekas murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Nerus itu yang pernah beraksi bersama skuad remaja kebangsaan di bawah kendalian Bojan Hodak dari 2017 hingga 2019 itu mahu menunggu panggilan daripada pasukan Liga Super negeri kelahirannya terlebih dahulu.

Pada aksi final Piala MFL menentang Johor Darul Ta'zim II di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras Sabtu lalu, jaringan tunggal Isa memastikan skuadnya menjuarai piala yang baru diperkenalkan itu.

"Saya sudah dirisik oleh beberapa pasukan Liga Super yang mahukan khidmat saya beraksi bersama mereka musim depan, tetapi setakat ini saya belum membuat keputusan muktamad lagi.

"Ini kerana besar harapan saya mahu beraksi bersama Terengganu, namun setakat ini belum ada jawapan lagi daripada skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu sama ada berminat atau sebaliknya.

"Bagaimanapun jika tiada tawaran daripada TFC, saya akan memilih pasukan lain bagi meneruskan karier kerana impian saya mahu melangkah lebih jauh lagi sehingga ke pentas Asia," kata pemain yang pernah beraksi bersama kelab Liga M3, ATM secara pinjaman musim lalu.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... -pasukan-liga-super

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.114841 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list