View: 643|Reply: 0
|
CBF punca penyokong Brazil, Argentina bertempur
[Copy link]
|
|
CBF punca penyokong Brazil, Argentina bertempur
PENJAGA gol Argentina Emiliano Martinez dan rakan sepasukan cuba mententeramkan penyokong sebelum perlawanan menentang Brazil.
Rio de Janeiro: Polis Brazil dan pihak berkuasa bola sepak dipersalahkan susulan insiden pergaduhan penonton yang berlaku sebelum perlawanan menentang musuh tradisi Argentina semalam.
Kelab penyokong Brazil, Anatorg berkata, Persekutuan Bolasepak Brazil CBF) dan pihak berkuasa cuai apabila menempatkan penyokong kedua-dua pasukan bersebelahan sesama sendiri tanpa penghadang di Stadium Maracana.
Dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 itu yang dimenangi Argentina terpaksa dilewatkan 30 minit selepas penyokong berbalas tumbukan sebelum perlawanan.
Polis terpaksa menghentikan keganasan menggunakan baton sehingga menyebabkan ada penonton mengalami kecederaan serius di muka dan badan.
"Kecuaian dan tidak peka CBF dan pegawai keselamatan punca insiden keganasan ini berlaku," kata Anatorg yang sehari sebelum perlawanan sudah pun menyatakan kebimbangan mereka.
"Insiden ini adalah tragedi yang boleh dijangka," katanya.
Sementara itu, Presiden Fifa Gianni Infantino berkata "tiada tempat untuk keganasan dalam bola sepak. Pemain, penyokong, petugas dan pegawai perlu dalam keadaan selamat," katanya di Instagram.
Selepas tamat perlawanan, kapten Argentina, Lionel Messi mengkritik polis yang dianggap bertindak keterlaluan ketika cuba menghentikan pergaduhan.
Messi dalam media sosialnya berkata : "Ini tidak boleh diterima, tiada toleransi, ia perlu dihentikan."
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... argentina-bertempur
|
|
|
|
|
|
|
| |
|