CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 676|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jumlah pesakit diabetes di Malaysia tertingi di Asia Tenggara

[Copy link]
Post time 23-11-2023 01:29 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Melalui dapatan daripada hasil kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, sebanyak 50 peratus daripada penduduk Malaysia menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, melalui dapatan tersebut juga mendapati, prevalens kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara yang mana mencatatkan peningkatan ketara daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2019.

“Kencing manis menyebabkan pelbagai komplikasi kepada penghidapnya. Seorang penghidap kencing manis berisiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, kerosakan saraf, mata dan kegagalan buah pinggang.

“Laporan Registri Diabetik Kebangsaan (2020) mendapati 10.6 peratus pesakit diabetes menghidap kerosakan mata, 5.86 peratus menghidap penyakit jantung dan 1.79 peratus menghidap strok.

“Sebanyak 14.38 peratus mengalami gangguan fungsi buah pinggang. Laporan Pelan Strategi Mengurangkan Beban Penyakit Buah Pinggang Kronik mendapati 65 peratus daripada pesakit yang memerlukan rawatan dialisis, adalah dalam kalangan pesakit kencing manis,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching), yang mahu tahu berapa jumlah dibelanjakan untuk menangani NCD terutamanya diabetes dan perancangan untuk menangani prevalens NCD yang tinggi di Malaysia. -KOSMO! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... i-di-asia-tenggara/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047814 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list