CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 855|Reply: 0

Jaga-jaga Everton 'naik hantu'-Ten Hag

[Copy link]
Post time 25-11-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode

PENGURUS Manchester United, Erik Ten Hag

London: Pengendali Manchester United Erik Ten Hag memberi amaran bahawa Everton mungkin akan 'naik hantu' sekali gus memberi tentangan sengit pada pertemuan yang berlangsung pada Ahad ini.

Hal ini kerana Ten Hag menjangkakan barisan pemain Everton akan berjuang habis-habisan selepas pasukan itu dikenakan hukuman pemotongan 10 mata kerana melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.

"Segalanya terpulang kepada kami kerana saya melihat pasukan lawan ketika ini mereka sudah pastinya dalam keadaan marah(kerana pemotongan mata).

"Jika beraksi dalam keadaan marah dan itu memberi kelebihan kepada mereka. Kami perlu beraksi seperti dirancang. Jika beraksi seperti dirancang sudah pastinya mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan," kata Ten Hag.



Mengikut rekod, Everton bersedia untuk membuat rayuan mengenai hukuman terbabit dengan pengurus Toffees Sean Dyche berikrar kepada pemainnya bahawa pasukan terbabit tidak akan tersingkir daripada saingan EPL.

Namun, bagi Manchester United pula dengan rekod tewas tiga daripada lima perlawanan terakhir sudah pastinya mengharapkan sentuhan pemain utama seperti pertahanan kiri Luke Shaw untuk menguatkan pasukan.

Malah, kehadiran penjaga gol Andre Onana selepas pulih daripada kecederaan ketika beraksi bersama Cameroon tempoh hari dan kemungkinan penyerang Denmark Rasmus Hojlund boleh beraksi untuk pasukan turut memberi kelegaan kepada Ten Hag.

Ketika ini, Manchester United berada di tangga keenam liga dengan merekodkan 13 jaringan daripada 12 perlawanan setakat ini.

Selain itu, Ten Hag percaya bahawa anak buahnya mampu mencapai sasaran dan kejayaan pada perlawanan akan datang.

"Pemain kami mampu menjaringkan gol dan akan tiba satu masa mereka mampu melakukannya .Oleh itu, kami perlu pertingkatkan lagi kualiti permainan dan akan melakukan perkara itu," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -naik-hantu-ten-hag
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.046277 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list