CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 0

Peminat Everton protes pemotongan 10 mata

[Copy link]
Post time 27-11-2023 11:36 AM | Show all posts |Read mode

Penyokong Everton memegang sepanduk dengan logo EPL dan perkataan 'rasuah' di Goodison Park, Liverpool ketika perlawanan menentang Manchester United awal pagi tadi kerana membantah dipotong 10 mata susulan pelanggaran peraturan kewangan. – Foto REUTERS

LIVERPOOL, England: Peminat Everton mengadakan protes besar-besaran terhadap pentadbir Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menentang Manchester United awal pagi tadi selepas dipotong 10 mata kerana melanggar peraturan kewangan.

The Toffees dikenakan hukuman terbesar dalam sejarah EPL kerana melanggar peraturan keuntungan dan kemampanan.

Kelab liga utama Inggeris hanya dibenarkan mengalami kerugian maksimum £105 juta (RM619 juta) dalam tempoh tiga tahun atau berdepan hukuman.

Everton mengakui melanggar peraturan itu pada musim 2021-22, tetapi terkejut dengan tahap hukuman yang ditetapkan oleh satu suruhanjaya bebas.



"Kebanyakan orang dalam bola sepak terkejut dengan tahap hukuman itu," kata pengurus Everton, Sean Dyche.

"Tidak seimbang adalah perkataan yang digunakan oleh kelab. Jelas sekali kami berasa agak terkilan dengan keputusan itu."



Peminat Everton mengadakan protes di luar stadium sebelum sepak mula aksi Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United di Goodison Park, Liverpool awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Pemotongan mata itu menyaksikan Everton merudum ke tangga ke-19 dalam carta dan menyaksikan pembabitan mereka selama 70 tahun di liga utama berisiko tinggi.

Goodison Park dibanjiri dengan sepanduk yang mempunyai logo Liga Perdana dan perkataan "rasuah" sebelum sepak mula dan 10 minit perlawanan.

Peminat Everton memprotes di luar ibu pejabat Liga Perdana di London pada Jumaat lalu.

Mereka turut mengadakan demonstrasi di jalanan sekitar Goodison menjelang sepak mula.

"Kenapa kami? Kenapa tidak City, kenapa tidak Chelsea?" kata seorang penyokong Patrick Garner, 45. "Everton menjadi sasaran mudah tetapi kami tidak akan menerimanya dengan mudah." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -pemotongan-10-mata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.185479 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list