View: 455|Reply: 0
|
Gol Martinez bantu Inter kekal pendahulu
[Copy link]
|
|
Penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez (kanan) berjaya menewaskan penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny pada aksi Serie A Itali di Stadium Allianz, Turin awal pagi tadi. – Foto REUTERS
TURIN: Lautaro Martinez memastikan Inter Milan kekal mendahului dua mata di puncak Serie A apabila dia meledak gol penyamaan ketika seri 1-1 dalam pertembungan dua pasukan teratas menentang Juventus awal pagi tadi.
Penyerang Argentina itu merembat masuk hantaran leret Marcus Thuram pada minit ke-33 susulan gerakan cantik dari sayap kanan rakan serangannya itu sekali gus mengekang asakan pasukan tangga kedua Juve dalam perebutan kejuaraan.
Gol ke-15 buatnya dalam semua pertandingan membantu Inter menyamakan kedudukan selepas Dusan Vlahovic menamatkan kemarau jaringan selama dua bulan dengan gaya sama rembatan voli di Stadium Allianz di Turin.
Keputusan seri itu menamatkan catatan enam kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan buat Inter, yang menjadi pilihan utama untuk menjuarai Scudetto ke-20 di depan AC Milan yang turut memenangi liga sebanyak 19 kali.
"Kami menerima keputusan satu mata ini selepas bagaimana perlawanan berlangsung," kata jurulatih Simone Inzaghi kepada DAZN.
"Kami sedar tidak mudah untuk menjaringkan gol di Juventus tetapi selepas ketinggalan, pasukan tetap tidak berputus asa dan kami menjaringkan satu gol hebat."
Anak buah Inzaghi akan berdepan beberapa ujian sukar dengan kunjungan Liga Juara-Juara ke Benfica menanti awal pagi Khamis ini sebelum berdepan Napoli di Naples hujung minggu ini.
Mereka sudah layak ke pusingan 16 terakhir pertandingan utama kelab Eropah itu namun bersaing dengan Real Sociedad bagi tangga pertama Kumpulan D dengan kelab Sepanyol itu akan bertandang ke Milan bulan depan. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ter-kekal-pendahulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|