View: 2069|Reply: 0
|
Barca mara selepas benam Porto
[Copy link]
|
|
BARCA tempah tiket ke pusingan kalah mati. -FOTO AFP
Barcelona: Barcelona bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Porto 2-1 seterusnya mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas tiga musim.
Pemain sayap Brazil, Pepe meletak Porto di hadapan namun gandingan pemain Barcelona dari Portugal, Joao Cancelo dan Joao Felix, meledak untuk memberi kemenangan kepada Barca.
Bekas pasangan dari Benfica itu memastikan pasukan Xavi Hernandez tidak dimalukan tersingkir di peringkat kumpulan seperti dua musim sebelum ini.
Tewas di tangan Shakhtar Donetsk di Hamburg dalam saingan sebelum ini membuatkan Barca gementar termasuk persembahan buruk di dalam liga menambah kegelisahan mereka.
Biarpun dibolosi terlebih dahulu, Cancelo pantas menyamakan kedudukan dan mendorong Felix pada separuh masa kedua untuk melakar kemenangan dan menghadiahkan kegembiraan kepada penyokong Barca di Stadium Olimpik itu.
"Ia adalah perlawanan terakhir dan kami memenanginya. Kami membawa kelab itu dalam pusingan 16 terakhir, di mana kami sepatutnya berada," kata Cancelo.
"Apabila apa yang diharapkan tidak menjadi, keyakinan itu tidak sama.
Sementara itu Borussia Dortmund, Atletico Madrid dan Lazio turut layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Sementara Manchester City bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menundukkan RB Leipzig dengan kedua-dua pasukan sudah layak, manakala Paris Saint-Germain dan Newcastle seri 1-1 dengan kedua-dua pasukan mengharapkan keputusan pada hari terakhir kumpulan untuk memastikan kemaraan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... selepas-benam-porto |
|
|
|
|
|
|
| |
|