CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3835|Reply: 0

Sepanyol, Portugal destinasi JDT 'panas badan'

[Copy link]
Post time 30-11-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode

Pasukan JDT akan menjalani latihan pramusim di Sepanyol dan Portugal.

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjalani latihan pramusim 2024 dan 2025 di Sepanyol dan Portugal.

Perkembangan itu dimaklumkan kelab terbabit susulan perbincangan antara pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pemilik Portimonense FC, Constantin Teodoro Panagopoulos.

"JDT akan menjalani pramusim 2024 dan 2025 di Sepanyol dan Portugal berikutan perbincangan menggalakkan antara Tunku Ismail dan Panagopoulos yang merupakan sahabat baginda dan pemegang saham beberapa kelab di Eropah.

"JDT ditawarkan untuk menggunakan kemudahan fasiliti latihan terbaik di Portugal tanpa menanggung sebarang kos.



"Pasukan Harimau Selatan ingin meningkatkan lagi prestasi dengan perlawanan pramusim berkualiti di Eropah mulai musim depan.

"JDT sudah mengadakan pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak 2020, dan Eropah adalah langkah ke hadapan seterusnya," jelas kelab itu.

Latihan di Sepanyol dan Portugal dijangka mampu memberi impak positif buat Harimau Selatan terutama skuad kendalian Esteban Solari itu memburu persembahan lebih baik dalam saingan peringkat Asia tahun depan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... asi-jdt-panas-badan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.727126 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list