View: 3872|Reply: 0
|
Gol Kante hidup peluang Urawa
[Copy link]
|
|
Pemain Urawa Red Diamonds, Jose Kante (tengah) merembat masuk gol kemenangan pada minit ke-90 ketika menentang Wuhan Three Towns dalam aksi Liga Juara-Juara Asia di Stadium Saitama, Jepun malam tadi. – Foto AFP
HONG KONG: Penyandang juara Urawa Red Diamonds menghidupkan peluang layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Asia apabila jaringan Jose Kante pada minit ke-90 membantu pasukan kendalian Maciej Skorza menang 2-1 ke atas kelab China, Wuhan Three Towns malam tadi.
Gol kemenangan Kante di Stadium Saitama hadir selepas penalti Alex Scholz pada minit ke-37 buat Urawa disamakan oleh gol penyamaan Davidson pada minit ke-68 pada perlawanan yang mana kedua-dua pasukan perlu menang untuk kekal bersaing memburu tempat ke pusingan 16 terakhir.
Bekas pemain antarabangsa Guinea, Kante melakukan rembatan kaki kiri dari penjuru kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Liu Danzuo sekali gus membantu Urawa mengutip tujuh mata daripada lima perlawanan dan menyingkirkan Wuhan.
Urawa mengumpul tujuh mata dan di tangga kedua di belakang Pohang Steelers, yang memastikan muncul juara Kumpulan J bulan ini.
Pasukan kendalian Kim Gi Dong meraih kemenangan kelima berturut-turut pada pertandingan itu semalam selepas menundukkan Hanoi FC 2-0.
Urawa akan berdepan Hanoi pada perlawanan terakhir kumpulan 5 Disember depan dan perlu menang untuk berpeluang muncul satu daripada tiga naib juara kumpulan terbaik ketika hanya juara kumpulan layak secara automatik ke pusingan berikutnya.
Bangkok United meraih satu daripada tempat ke pusingan kalah mati sesudah menjuarai Kumpulan F dengan mengalahkan Lion City Sailors 1-0 menerusi gol sepakan percuma Rungrath Phumichantuk pada minit ke-86.
Kelab Thailand itu mendahului empat mata di depan bekas juara Jeonbuk Motors dengan berbaki satu perlawanan sekalipun kelab Korea Selatan itu menang 2-1 ke atas Kitchee di Hong Kong. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... hidup-peluang-urawa |
|
|
|
|
|
|
| |
|