CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3934|Reply: 0

[Kelantan] Rugi RM890,000 akibat banjir

[Copy link]
Post time 30-11-2023 12:59 PM | Show all posts |Read mode

ZAMERI Mat Nawang (kanan) semasa pertemuan dengan penduduk Taman Perumahan Harmoni Bator, Bachok, Kelantan semalam. UTUSAN/TOREK SULONG



BACHOK: Seramai 319 penduduk Taman Perumahan  Harmoni Bator, di sini, mendakwa sudah mengalami kerugian RM890,000 melibatkan kemusnahan harga benda akibat banjir kilat yang sering melanda kawasan tersebut saban tahun.

Dakwa penduduk, ia berpunca daripada masalah sistem pembentung yang tidak dapat melancarkan aliran keluar air dari tali air di kawasan Pembangunan Pertanian (IADA) Kemasin-Semerak berhampiran kawasan perumahan itu setiap kali hujan lebat.

Pengerusi taman perumahan itu, Azman Azmi berkata, tali air sepanjang 850 meter itu hanya menggunakan pembetung bersaiz kecil yang dibina sejak 20 tahun lalu sebelum kawasan tersebut menjadi penempatan penduduk.

Menurutnya, setiap kali hujan lebat 89 keluarga yang tinggal di kawasan perumahan ini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) SK Jelawat.

“Terdapat 200 buah rumah di sini yang sebagiannya tidak dihuni oleh pemilik yang mungkin cuak dengan keadaan yang berlaku setiap tahun tanpa penyelesaian.

“Sejak banjir 2014, kami sudah membuat pelbagai permohonan kepada pihak terbabit termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan IADA Kemasin-Semerak namun belum mendapat jawapan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, Zameri Mat Nawang di pekarangan surau taman perumahan itu, di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Kamalizan Khaizi, 43, memberitahu limpahan dari tebing tali air itu menyebabkan kawasan luar rumah mereka ditenggelami air sedalam 0.6 meter.

“Dalam rumah pula air sedalam 0.3 meter. Selain itu, kami turut sering berdepan dengan haiwan berbisa terutama ular senduk, sawa dan kala jengking selepas banjir surut.

“Tahun ini sudah dua kali kami berpindah ke PPS dan masih bersiap siaga hadapi masalah yang sama selagi mana Monson Timur Laut belum berakhir,” ujarnya.

Kamalizan berkata, dia berharap pihak berkenaan dapat mengambil langkah segera dengan membuat penggantian pembentung, membuka beberapa pintu sekatan air dan membersih saliran serta parit tersumbat yang menyekat pergerakan air ke Sungai Beris Lalang.

Sementara itu, Zameri ketika ditemui berkata, masalah penduduk akan dibincangkan dalam mesyuarat khas di Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Bachok untuk pelan tindakan awal.

Katanya, hasil lawatan ke lokasi mendapati kerja pembangunan semula parit dan saliran di kawasan  itu perlu dilakukan segera kerana punca banjir adalah kegagalan fungsi tali air mengalirkan air hujan ke sungai.

“Kita akan mendapat kerjasama IADA Kemasin-Semerak bagi tindakan drastik dalam usaha mengatasi kawasan taman perumahan itu tidak mudah ditenggelami air,” katanya.-UTUSAN


https://www.utusan.com.my/berita ... 0000-akibat-banjir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.052087 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list