View: 5049|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan.
Kuala Lumpur: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dengan lebih suara bersetuju.
RUU ini dibahaskan seramai 27 Ahli Parlimen selama dua hari bermula semalam.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas bacaan kali kedua rang undang-undang berkenaan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
RUU ini terlebih dulu mendapat perhatian bukan saja dalam kalangan Ahli Parlimen, tetapi pelbagai lapisan masyarakat termasuk badan bukan kerajaan (NGO), ibu bapa dan pelajar.
Ia kerana, peruntukan larangan merokok terhadap generasi penamat (GEG) digugurkan daripada RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 selepas mendapat nasihat dari Peguam Negara.
Dr Zaliha sebelum ini dilaporkan berkata, berdasarkan pandangan Peguam Negara, pihaknya tidak boleh meneruskan pembentangan di Parlimen jika terdapat kekurangan dan kelemahan terhadap RUU itu.
Disebabkan itu, katanya, pihak kementerian membuat keputusan untuk mengutamakan kawalan merokok terlebih dulu sebelum memikirkan soal generasi penamat.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kegagalan bacaan kali kedua RUU GEG dibentangkan di Dewan Rakyat amat menyedihkan beliau yang sebelum ini berusaha mencari jalan bagi mengawal penjualan tembakau dan vape.
Khairy mendakwa, ia berpunca akibat tindakan industri tembakau dan vape melobi Peguam Negara, menggunakan hujah RUU GEG bertentangan dengan Perlembagaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wam-2023-diluluskan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|