CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6079|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KKM nafi kes COVID-19 meningkat, wad penuh

[Copy link]
Post time 30-11-2023 04:16 PM | Show all posts |Read mode

Facebook KKM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan berlaku peningkatan kes COVID-19 akibat strain virus baharu sehingga ramai pesakit mendapat jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, KKM turut menegaskan tiada kejadian wad penuh bagi kemasukan pesakit COVID-19 sebagaimana didakwa.

"Dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana ketika ini, kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke wad hanya sekitar dua hingga tiga peratus," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, tular dalam aplikasi WhatsApp berhubung dakwaan penularan COVID-19 semakin meningkat sejak tiga minggu lalu akibat strain virus baharu sehingga menyebabkan 'seorang daripada setiap enam hingga tujuh pesakit' mendapat jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan.



Justeru, KKM menasihati orang ramai supaya jangan mudah mempercayai dakwaan ditularkan dalam media sosial menerusi mesej berantai yang tidak diketahui sumber kesahihannya.

Orang ramai boleh merujuk portal KKMNOW di data.moh.gov.my untuk status semasa kes COVID-19 berhubung penjelasan situasi terkini.

https://www.bharian.com.my/berit ... meningkat-wad-penuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.035682 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list