CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7843|Reply: 0

Messi pertimbang beraksi di Piala Dunia 2026

[Copy link]
Post time 2-12-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode

MESSI masih mahu beraksi bersama Argentina. -FOTO AFP

Buenos Aires: Lionel Messi tidak menolak untuk menjulang satu lagi Piala Dunia bersama Argentina pada 2026 walaupun mengakui masa sedang berjalan menentangnya.

Messi yang baru-baru ini memenangi Ballon d'Or kelapan, menjulang Piala Dunia hampir setahun lalu selepas beraksi bersama Argentina pada perlawanan akhir menentang Perancis di Doha.

Pemain berusia 36 tahun itu pada masa itu berkata bahawa kejohanan di Qatar adalah yang terakhir untuknya dan dia tidak akan beraksi untuk Piala Dunia seterusnya yang akan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Tetapi berlepas berhijrah ke Major League Soccer, Inter Miami dan terus beraksi bersama pasukan kebangsaan dalam kelayakan 2026, dia berkata pintu masih terbuka.


"Saya tidak memikirkan tentang Piala Dunia dan saya tidak mengatakan 100 peratus bahawa saya tidak akan beraksi di sana kerana apa saja boleh berlaku.

"Jika kerana usia saya, itu perkara paling biasa yang mungkin jadi sebab saya tidak akan berada di sana. Tapi kita lihat bagaimana nanti," kata Messi.

Kapten Argentina itu berkata tumpuannya kini pada aksi Copa America Jun ini yang akan diadakan di Amerika Syarikat.

"Mungkin kami akan beraksi dengan baik di Copa America dan semuanya akan berjalan lancar untuk kami meneruskannya. Tapi mungkin tidak. Secara realistik ia sukar," katanya mengenai peluang penampilan keenam berturut-turut dalam Piala Dunia.

Messi berkata dia akan menjadi: "Orang pertama yang tahu bila saya boleh berada di sana dan bila saya tidak boleh. Saya juga sedar bahawa saya memilih bermain di liga yang lebih rendah.

"Tetapi ini semua tentang aspek peribadi dan cara anda menanganinya serta cara anda bersaing.

"Selagi saya rasa saya sihat dan boleh terus menyumbang, saya akan melakukannya. Hari ini semua yang saya fikirkan adalah untuk ke Copa America. Selepas itu, masa akan menentukan sama ada saya berada di sana atau tidak.

"Saya akan tiba pada usia yang biasanya tidak membenarkan saya bermain di Piala Dunia.

"Saya berkata saya tidak fikir saya akan berada di sana. Ia kelihatan seperti selepas Piala Dunia saya akan bersara dan ia adalah sebaliknya. Sekarang saya mahu berada di sana lebih daripada sebelumnya," tambahnya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... di-piala-dunia-2026
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.420761 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list