CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9571|Reply: 0

Liga Europa: Liverpool akhiri tugas awal di puncak

[Copy link]
Post time 2-12-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode

GAKPO meledak dua gol ketika membantu Liverpool meraih kemenangan selesa ke atas LASK pada aksi awal pagi semalam. -AFP

LIVERPOOL – Liverpool menempah slot ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa selaku juara Kumpulan E selepas membelasah LASK 4-0 pada perlawanan yang berlangsung di Anfield awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Reds memastikan tiga mata menjadi milik mereka apabila meledak empat gol menerusi dua jaringan Cody Gakpo selain masing-masing satu gol sumbangan Luis Diaz dan Mohamed Salah.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp meluahkan rasa lega apabila mereka berjaya memastikan The Reds muncul juara Kumpulan E selepas satu lagi pertemuan antara Toulouse dan Union Saint-Gilloise berakhir seri tanpa jaringan.

“Satu keputusan yang sangat baik untuk kami pada perlawanan malam ini (semalam). Selepas tewas kepada Toulouse sebelum ini, kami berdepan laluan sukar tetapi kemenangan hari ini (semalam) menyaksikan kami unggul sebagai juara kumpulan.

“Walaupun menang, saya beritahu pemain-pemain bahawa kami perlu ‘bunuh’ perlawanan di separuh masa pertama lagi dengan menjaringkan lebih banyak gol. Kami tidak manfaatkan setiap peluang terhidang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tetap menganggap saingan Liga Europa sebagai keutamaan buat Liverpool pada musim ini biarpun mereka sering menyuarakan hasrat beraksi dalam Liga Juara-Juara.

“Karier seperti saya ini tidak boleh memilih mana-mana pertandingan kerana semuanya adalah penting. Liverpool sentiasa menganggap semua pertandingan sebagai keutamaan kerana kami mahu menjadi juara,” ujar Klopp. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... gas-awal-di-puncak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.154983 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list