CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16156|Reply: 0

[Selangor] Tapak sampah haram Kapar disifat terbesar di Asia Tenggara

[Copy link]
Post time 6-12-2023 05:06 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan sampah di tapak pelupusan haram tersebut. FOTO SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KLANG – Tapak pelupusan sampah haram di Batu 14, Kapar di sini sehingga membelenggu 300,000 penduduk sekitarnya dikatakan terbesar di Asia Tenggara.

Perkara itu dinyatakan seorang pemerhati alam sekitar dari Jerman, Asmir Samardzic yang terkejut mengenai keadaan di lokasi sampah seluas kira-kira 1.2 hektar tersebut.

Kata Asmir, dia tidak menyangka Malaysia khususnya Lembah Klang yang terkenal di serata dunia mempunyai masalah alam sekitar sebegitu.

Dia yang juga penyelidik kitar semula dan produk guna semula mengakui masalah pelupusan sampah haram bukan sahaja berlaku di sini tetapi turut dialami negara lain khususnya rantau ini.

“Saya pernah pergi ke banyak tempat terutama di Asia Tenggara dengan masalah ini (sampah) juga berlaku di Thailand dan Indonesia, tetapi tidak pernah sebesar dan seteruk di sini (Batu 14).

“Kalau di Eropah tiada tapak pelupusan sampah haram dikesan kerana penguatkuasaan undang-undang begitu ketat dikenakan kepada individu dan juga perusahaan.

“Malah jika berlaku situasi itu, pihak terlibat akan terus didenda dan yang mengkomersialkan pula akan dipenjara,” katanya ketika ditemui di tapak pelupusan tersebut.

Semasa tinjauan dilakukan didapati terdapat beberapa bahagian tapak itu mengeluarkan asap dipercayai sampahnya dibakar bagi tujuan pelupusan haram.

Kosmo! kelmarin melaporkan lebih 300,000 penduduk daripada tujuh buah kampung di Batu 14, Kapar di sini terpaksa menghidu asap busuk dari sebuah tapak pelupusan sampah haram yang semakin menggunung sejak tiga tahun lalu.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Sungai Serdang, Kampung Batu 12, Kampung Tok Muda, Kampung Bukit Kerayong dan Bukit Kapar.

Jelas Asmir lagi, beliau dan pasukan pernah ke Kuala Lumpur beberapa kali ini dan tidak menyedari pemasalahan sampah begitu kritikal khususnya di Klang.

“Ada rakan-rakan kami memaklumkan sekiranya ingin tahu situasi itu (sampah) pergi ke Klang.

“Jadi, apabila lihat sendiri adalah amat teruk ( cara pelupusan sampah haram ini),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... r-di-asia-tenggara/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 1.092658 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list