CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28731|Reply: 0

MFL, FAM pilih pengadil tangkap muat?

[Copy link]
Post time 9-12-2023 05:20 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Terengganu cuba membantah keputusan pengadil selepas memberi keputusan penalti kepada JDT pada perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Adakah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil pengadil untuk mengadili final Piala Malaysia membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Terengganu FC malam tadi hanya sekadar tangkap muat?

Persoalan terbabit timbul apabila pengadil perlawanan, S Logeswaran sebenarnya tidak pernah berada dalam senarai Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Menerusi senarai pengadil antarabangsa Fifa 2023 menyaksikan nama pengadil terbabit tiada sekali gus kredibilitinya untuk mengadili perlawanan besar seperti final Piala Malaysia dipersoalkan.

Berdasarkan nama yang tertera hanyalah Razlan Joffri Ali, Muhammad Usaid Jamal dan Muhammad Nazmi Nasaruddin serta Suhaizi Shukri.



Dua lagi pengadil Malaysia yang turut tersenarai dalam senarai Pengadil Antarabangsa Fifa 2023 adalah Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah dan Mohd Amirul Izwan Yaacob.

Sementara itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh ketika dihubungi Arena Metro memaklumkan bahawa sebenarnya pengadil bertaraf Fifa atau sebaliknya bukanlah isu utama dalam mengadili perlawanan penting.

Beliau berkata, prestasi pengadil sepanjang musim seharusnya menjadi ukuran sebelum diletakkan atau dipilih mengadili aksi seperti final Piala Malaysia.

"Saya percaya pengadil pada perlawanan penting sudah pastinya dipilih menerusi jawatankuasa penilaian dan sudah tentu mempunyai alasan kenapa individu itu disenaraikan.

"Mungkin yang dipilih itu adalah yang terbaik. Soal pengadil Fifa atau tidak nombor dua kerana individu senior dan berkebolehan pun boleh mengadili perlawanan penting," katanya.

Kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 tercalar dengan mutu pengadilan yang disifatkan berat sebelah.

Terdahulu, prestasi Logeswaran mencuri tumpuan apabila dikatakan 'bias' oleh peminat bola sepak tempatan.

Beberapa tindakan Logeswaran dipersoalkan apabila tidak melayangkan kad kuning kedua kepada pemain JDT, Jordi Amat biarpun melakukan terjahan kasar kepada pihak lawan.

Final malam tadi juga turut menyaksikan tiga sepakan penalti dia diberikan, dua diberikan kepada JDT dan satu buat TFC yang mana disempurnakan oleh kedua-dua pasukan.

Difahamkan, Logeswaran turut mencetuskan beberapa kontroversi membabitkan perlawanan Liga Super sekali gus kredibilitinya sebagai pengadil final Piala Malaysia dipertikaikan penyokong bola sepak tanah air.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... engadil-tangkap-mua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.401638 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list