CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21172|Reply: 0

Musim hambar Man Utd berlanjutan

[Copy link]
Post time 12-12-2023 02:28 AM | Show all posts |Read mode


Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Man Utd dan Bournemouth di Old Trafford. — Gambar AFP

MANCHESTER: Musim hambar Manchester United seperti belum mahu pulih apabila dimalukan 0-3 oleh Bournemouth di tempat sendiri ketika Liverpool melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya bernasib baik untuk meraih kemenangan 2-1 di Crystal Palace selepas kad merah kapten Palace, Jordan Ayew mengubah nasib pasukannya pada lewat permainan.

Kemenangan buat Liverpool pada perlawanan awal memberikan mereka kelebihan satu mata di singgahsana liga berbanding Arsenal, yang mensia-siakan peluang untuk merampas kembali pendahuluan liga apabila tewas 0-1 kepada Aston Villa.

Villa, yang berada di tangga ketiga liga, kini mencipta rekod meraih 15 kemenangan liga berturut-turut di tempat sendiri dan kurang dua mata di belakang Liverpool.

Musim turun naik United terus menghantui kelab apabila Bournemouth meraih kemenangan pertama mereka di Old Trafford dengan penuh bergaya.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu naik ke  tangga keenam liga selepas enam kemenangan dari lapan perlawanan liga terakhir.

Tetapi satu lagi aksi hambar menyebabkan kedudukan pengurus dari Belanda itu sekali lagi mengundang persoalan menjelang kemungkinan tersingkir awal dari pusingan pertama Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu ini.

Dominic Solanke meletakkan Bournemouth di hadapan seawal minit kelima apabila menyempurnakan hantaran Lewis Cook.

Philip Billing melompat satu hantaran Marcus Tavernier pada minit ke-68 untuk menambah jaringan dan Marcos Senesi melengkapkan kemenangan bergaya skuad kendalian Andoni Iraola.

Di Villa Park, anak buat Unai Emery melengkapkan satu minggu yang luar biasa selepas menewaskan juara bertahan, Manchester City 1-0 awal minggu ini dan meraih satu lagi kemenangan ke atas pasukan yang memulakan perlawanan hujung minggu di  tangga teratas liga.

Gol John McGinn seawal minit ketujuh ternyata sangat penting ketika pemain tengah antarabangsa Scotland itu mengawal hantaran kemas Leon Bailey sebelum berputar dan merembat menewaskan penjaga gol Arsenal, David Raya dari jarak dekat.

Ada drama lewat panel video bantuan pengadil (VAR) apabila gol Kai Havertz tidak dibenarkan kerana bola terkena tangan selepas penyerang Arsenal itu memikirkan dia sudah menjaringkan gol penyamaan pada minit kecederaan.

Ia adalah saat yang manis buat Emery, yang dipecat oleh Arsenal selepas kurang dari dua musim membimbing kelab pada 2019.

Pengurus dari Sepanyol itu sudah membina Villa sejak tiga dari Villarreal musim lepas, dengan empat kemenangan dari lima perlawanan liga terakhir memberikan harapan kepada penyokong untuk mencabar kejuaraan liga yang pertama sejak 1981.

Kekalahan pertama Arsenal dalam lima perlawanan liga adalah satu kekecewaan besar selepas melonjak ke tangga teratas liga.

Membayangkan dia tidak gembira dengan gol yang tidak dibenarkan, Arteta berkata: “Ia sangat jelas bagi saya.

Di Selhurst Park, Liverpool bangkit dari ketinggalan untuk mengekalkan cabaran kejuaraan liga buat diri mereka sendiri.

Palace dinafikan penalti dalam separuh masa pertama selepas VAR mengenal pasti satu kekasaran sebelum insiden kesalahan penalti tetapi akhirnya memperolehi penalti pada awal separuh masa kedua apabila VAR mengesan kekasaran ke atas Jean-Philippe Mateta oleh Jarell Quansayh.

Mateta sendiri menyempurnakan penalti itu tetapi Palace dikecewakan oleh dua kad kuning kontroversi kepada Ayew.

Liverpool mengambil sepenuh peluang dari kelebihan seorang pemain apabila Mohamed Salah menjaringkan gol yang ke-200 bersama kelab untuk mengikat kedudukan sebelum pemain gantian, Harvey Elliott menjaringkan gol kemenangan pada mini ke-91 dengan rembatan dari luar kotak penalti.

“Saya adalah seorang pengurus  yang sangat gembira ketika ini tetapi saya tahu kami juga sangat bernasib baik,” kata Klopp. “Selama 76 minit, kami beraksi dengan sangat hambar.”

Di tangga tercorot liga, Chris Wilder memulakan penggal kedua sebagai pengurus Sheffield United dengan kemenangan 1-0 ke atas Brentford sementara Burnley kekal di tangga terbawah liga dengan perbezaan gol selepas seri 1-1 di Brighton.

Wilson Odobert  meletakkan Burnley di hadapan tetapi Simon Adingra menjaringkan gol penyamaan untuk mengekalkan Brighton di tangga kelapan liga.

Nottingham Forest mengurangkan tekanan ke atas pengurusnya, Steve Cooper dengan mengakhiri empat kekalahan berturut-turut apabila mengikat Wolves 1-1 di tempat lawan. — AFP


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.098767 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list