CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9806|Reply: 0

Pemain United sokong habis Ten Hag - McTominay

[Copy link]
Post time 12-12-2023 10:54 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Manchester United mendengar taklimat pengurus Erik ten Hag menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di kompleks latihan Carrington, Manchester semalam. – Foto X Manchester United

MANCHESTER, England: Ketika peluang tipis Manchester United untuk terus bersaing dalam Liga Juara-Juara bergantung jika mereka mengalahkan Bayern Munich awal pagi esok, episod dimalukan oleh Bournemouth beberapa hari lalu jelas tidak menyuntik keyakinan.

Namun di sebalik pasukan kendalian Erik ten Hag mengalami keaiban silih berganti dengan 11 kekalahan dalam 23 perlawanan bagi semua pertandingan musim ini, pemain tengah Scott McTominay berkata pemain menyokong sepenuhnya di belakang pengendali dari Belanda yang tertekan itu.

McTominay turut mengakui ia tidak sama dengan sesetengah pengendali sebelum Ten Hag yang mana situasinya kadang-kadang menjadi toksik.

"Ia tanggungjawab pemain sepenuhnya, pemain sedar mengenainya," katanya kepada wartawan malam tadi.



"Ia tidak sama kesnya dengan sesetengah pengurus lain sebelum ini apabila ada ketikanya keadaan menjadi agak toksik.


Pemain tengah Manchester United, Scott McTominay melayan soalan wartawan menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di kompleks latihan Carrington, Manchester malam tadi. – Foto AFP

"Pemain menyokong sepenuhnya di belakang pengurus dan itulah keadaan sebenarnya. Kami juga mempunyai barisan staf kejurulatihan yang mengagumkan."

Laporan media tidak berasas mengenai ketegangan di bilik persalinan berakhir dengan empat media diharamkan menghadiri sidang akhbar Ten Hag menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea minggu lalu dan kekalahan 3-0 di laman sendiri kepada Bournemouth tidak membantu menenangkan gelora di Old Trafford.

"Mereka tidak faham dan terbawa-bawa dengan apa yang difikirkan pemain serta apa yang mereka katakan di belakang tabir – kami hanya mahu melakukan yang terbaik buat kelab dan ia semudah itu," kata McTominay.

United mesti menundukkan juara Kumpulan A, Bayern dan berharap perlawanan antara Galatasaray dan FC Copenhagen berakhir dengan seri jika mereka mahu layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... s-ten-hag-mctominay
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.117044 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list