CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8676|Reply: 0

PDRM FC 'berselera besar' jika ada duit

[Copy link]
Post time 18-12-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Selangor FC, Ayron Del Valle Rodriguez diasak pemain PDRM FC, Fadi Mahmoud Awad Saleh pada perlawanan Liga Super Selangor FC menentang PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Pengendali PDRM FC, Datuk Yunus Alif mengakui bahawa pasukannya turut 'berselera besar' seandainya mempunyai sumber kewangan kukuh pada musim depan.

Yunus berkata, PDRM ketika ini perlu berpijak di bumi yang nyata dengan berbelanja secara berhemah termasuklah membuat pembelian pemain mengikut bajet pasukan.

Beliau berkata, situasi terbabit adalah lebih baik daripada berbelanja 'tidak ingat dunia' hingga menyebabkan pasukan mengalami tunggakan gaji sekali gus menganggu momentum untuk meraih kejayaan positif.

"PDRM kalau mampu memang kita mahukan pemain terbaik namun perlu lihat kantung dan berbelanja ikut kemampuan. Alhamdulillah, setakat ini tak ada yang sangkut gaji sehingga tiga atau empat bulan," katanya.


Terdahulu, hasrat skuad The Cops untuk memberi pengajaran kepada Selangor FC di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri terbantut selepas tewas 1-3 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Gol tuan rumah dijaringkan Faisal Halim Ayron del Valle dan Richmond Bokye sekali gus memastikan tiga mata milik Selangor FC.

Pasukan pelawat pula hanya menjaringkan satu gol menerusi Fadi Awad yang mudah menyempurnakan hantaran Uche Agba sekali gus menewaskan Khairulazhan Mohd Khalid.

Keputusan itu menyaksikan Selangor FC mengakhiri saingan Liga Super di tangga kedua Liga Super dengan 61 mata manakala PDRM FC pula ditangga kelapan selepas memperoleh 37 mata.

Sementara itu, Yunus yang pernah membimbing Terengganu dan Pahang mengakui bahawa barisan anak buahnya bakal disambar beberapa pasukan lain berdasarkan kepada prestasi yang dipamerkan mereka ketika ini.

"Kita kena terima bahawa akan ada pemain PDRM FC dipancing pasukan lain untuk musim depan namun terpulang kepada mereka mahu menerima atau sebaliknya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... besar-jika-ada-duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.048472 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list