CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2445|Reply: 0

Morris dapat cemuhan berbaur perkauman

[Copy link]
Post time 27-12-2023 12:07 PM | Show all posts |Read mode

MORRIS dakwa jadi mangsa perkauman. FOTO Reuters

London: Pemain Luton Town, Carlton Morris melaporkan mengenai cemuhan berbaur perkauman yang dilakukan penonton semasa perlawanan menentang Sheffield United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pagi tadi

Kelabnya mengesahkan bahawa kejadian itu sedang disiasat oleh pihak polis.

Luton berkata, bahawa cemuhan itu dilaporkan kepada pegawai perlawanan mengikut protokol EPL.

"Pengurusan insiden ini sudah diurus oleh Sheffield United dan Polis South Yorkshire yang sedang menjalankan proses penyiasatan.



"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai Sheffield United dan pihak polis atas tindakan segera mereka dalam menangani insiden hari ini," kata Luton.

EPL mengutuk kejadian itu dalam satu kenyataan di platform media sosial.

"Isu perkauman tidak berada dalam permainan kami atau dalam masyarakat dan kami menggalakkan sesiapa yang mendengar atau melihat sebarang bentuk diskriminasi melaporkannya supaya tindakan dapat diambil.

"Kami bakal memberikan sokongan sepenuhnya kepada Carlton Morris dan Luton Town FC, sambil berterusan bekerjasama dengan kelab dan pihak berkuasa untuk memastikan stadium kami kekal sebagai persekitaran yang inklusif dan mesra untuk semua," katanya.

Jack Robinson dan Anis Ben Slimane menjaringkan gol sendiri dalam tempoh 13 minit terakhir ketika Sheffield gagal mengekalkan keunggulan mereka dan kalah 2-3 kepada Luton.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... han-berbaur-perkaum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.117768 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list