CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13836|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tak ramai pekerja warga asing naik bas GoKL selepas dikenakan tambang

[Copy link]
Post time 3-1-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Warganegara Malaysia membuat pendaftaran untuk menaiki bas Go KL secara percuma, manakala warga asing perlu membayar RM1. FOTO FATHIL ASRI

Kuala Lumpur: Bilangan warga asing yang menaiki bas GoKL semakin berkurangan sejak perkhidmatan itu dikenakan caj bermula 1 Januari lalu.

Tinjauan Harian Metro mendapati, rata-rata pekerja warga asing membayar caj tambang yang dikenakan kepada mereka.

Pemandu bas GoKL, Saiful Abdul Sarip, 59, berkata, kebanyakan pekerja warga asing mula tahu mereka perlu membayar tambang untuk menaiki bas berkenaan.

Katanya, setakat ini tiada lagi isu warga asing culas atau tidak membayar tambang kerana kawalan ketat dikenakan termasuk kepada penumpang warga tempatan.


"Warga tempatan yang menggunakan MyKad dan Touch 'n Go (TNG) perlu mendaftar bagi menikmati perjalanan secara percuma.

"Kami (pemandu) sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan berhati-hati dan tegas kerana arahan sudah dikeluarkan," katanya.

Saiful berkata, sebelum ini banyak aduan diterima dari rakyat tempatan kerana bas GoKL dipenuhi pekerja warga asing kerana tambang percuma.

"Tidak dinafikan bilangan warga asing menaiki bas ini berkurangan sejak dikenakan tambang tetapi adil bagi warga kita.

"Selama ini, ramai rakyat Malaysia yang tidak dapat menikmati perkhidmatan bas GoKL kerana keadaan yang sesak dipenuhi oleh orang luar.

"Kaedah ini dapat menjamin hak dan keutamaan khusus kepada warganegara Malaysia," katanya.

Sementara itu, warga Indonesia, Norhasah ahmad, 54, berkata bayaran yang dikenakan kepada warga asing untuk menaiki bas GoKL masih rendah dan berpatutan.

"Inisiatif ini tidak membebankan kami kerana hanya dikenakan RM1 untuk setiap perjalanan dan sangat menyokong tindakan pihak berkuasa meletakkan syarat seperti ini.

"Saya memang mengetahui soal pembayaran ini melalui berita tempatan (Malaysia) dalam talian.

"Bagi saya ia tidak membebankan kerana saya lihat ramai warga kami dan Bangladesh yang menaiki bas ini berbanding warga tempatan yang kadangkala tidak dapat menaiki bas kerana sudah penuh," katanya.

Pelancong dari United Kingdom (UK), William Caine, 56, berkata, bayaran yang dikenakan kepada warga asing termasuk pelancong adalah berpatutan.

"Saya tidak tahu berkenaan bayaran yang sudah dikenakan untuk menaiki bas GoKL kerana saya pernah ke sini pada 2022 dan ketika itu ia masih percuma.

"Saya tidak dibenarkan menaiki bas dan perlu membeli kad TNG untuk ke Bukit Bintang. Namun saya bersetuju dengan tindakan ini yang memberi kepentingan lebih kepada warga tempatan," katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan caj RM1 bagi setiap perjalanan kepada bukan warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bas GOKL mulai 1 Januari lalu.

Caj itu dilaksanakan secara berperingkat membabitkan empat laluan di sekitar pusat bandar iaitu Laluan 01 (Hijau), Laluan 02 (Ungu), Laluan 03 (Merah) dan Laluan 04 (Biru).

Transaksi pembayaran adalah tanpa tunai iaitu melalui kad Touch 'n Go, kod QR, kad kredit atau kad debit. Bagaimanapun, ia percuma bagi semua kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah termasuk bukan warganegara.

Sementara itu, warganegara Malaysia yang menggunakan Mykad dan mempunyai sistem Touch 'n Go, perlu membuat pendaftaran MyKad bagi menikmati perkhidmatan percuma.https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-dikenakan-tambang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.069289 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list