View: 9093|Reply: 3
|
"Ada Anak, Adik Beradik, Doktor Dan Jururawat," Dakwaan Taib Mahmud Diculik Tidak Masuk Akal - Razarudin
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud 'diculik' kerana beliau kini selamat berada di kediamannya.
Menurutnya, pihaknya ada menerima beberapa laporan (kenyataan) yang dilaporkan dalam media sosial berkaitan dakwaan Abdul Taib dilarikan.
"Laporan itu kita ambil dan siasat kerana ia bukannya daripada Pesuruhjaya Sarawak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman atau saya sendiri.
"Bagaimanapun, dakwaan beliau diculik tidak masuk akal kerana keberadaan Tuan Yang Terutama (Abdul Taib) di rumah. Ada anak, adik beradik, doktor dan jururawat," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran Op Selamat 21 dan perasmian VSP 2.0 di Persada Plus, di sini, hari ini.
Razarudin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.
Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengesahkan Abdul Taib berada dalam keadaan selamat selepas didakwa dibawa keluar dari sebuah hospital swasta kelmarin.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Betoi ke bini Lebanon dia nak lari?
Org Sarawak sakit hati tengok anak tiri mkn beger lap mulut guna duit.. puikkk |
|
|
|
|
|
|
|
Diculik dari penjaga sah ker??...since dh sakit tua ni..sebelum nyanyok lantiklah penjaga Sah.Nnti kot kes dibawak lari..pastu harta harta dipindah milk pd sape yg jagenya.
Susah kalau family ada Team A team B ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Doktor yg buat report polis tu menipu ke? Ke ni nak control damage je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|