CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7370|Reply: 7

[GAMBAR] ...PUASA DULU-DULU...

[Copy link]
Post time 7-3-2024 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 7-3-2024 10:38 AM




Bulan Ramadan dulu-dulu

14 April 2021 07:50amMasa membaca: 4 minit









Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
DAH puasa?

Saya mula berpuasa penuh sejak berumur empat tahun.


Bukan sahaja penuh sehari, tetapi juga cukup sebulan.
Tak percaya? Baguslah. Itu tandanya anda seorang yang tidak mudah dipengaruhi oleh propaganda. Dalam era dunia tanpa sempadan ini kita dikelilingi oleh seribu satu bentuk propaganda. Oleh itu beruntunglah sesiapa yang tidak termasuk dalam jeratnya.


Sebetulnya saya tidak ingat bila saya mula berpuasa penuh. Mungkin ketika Darjah Satu atau Darjah Dua. Itu pun taklah cukup sebulan. Ada tebuk-tebuk dan bahagian yang ditebuk itu lebih banyak daripada yang tak ditebuk.
Berpuasa tak penuh? Mungkin sejak berusia lima atau enam tahun. Masih segar dalam ingatan bagaimana saya termamai-mamai ketika emak kejutkan untuk bersahur kali yang pertama. Saya yang suruh pada sebelah malamnya. Beria-ia. Tetapi pada sahur yang pertama itu saya sekadar bangun untuk menyambung tidur di meja makan. Esoknya saya berpuasa juga. Sampai jam 9 pagi.


Hari-hari selepas itu barulah saya mula belajar berpuasa dalam erti kata sebenar. Sebelum tidur, emak ajar niat berpuasa Ramadan. Dwi bahasa. Tetapi waktu itu saya tak mampu hendak mengingati versi bahasa Arabnya. Jadi saya niat puasa menggunakan ‘subtitle’nya sahaja.
Sebut pasal niat, saya teringat kisah seorang kawan. Dia bercerita tentang kawannya yang berniat puasa begini: “Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam bulan Ramadan 30 rakaat kerana ALLAH Taala.”

“Sampai Darjah Tiga dia berniat begitu. Mujur saya tolong betulkan,” cerita kawan saya.
“Siapa yang ajar dia?”








“Sepupu sepapatnya juga. Mereka sengaja nak kenakan dia.”
“Emak bapanya?”
“Jenis sekeluarga tak pernah berpuasa...”
Saya diam. Faham. Memang ada keluarga yang begitu. Semasa menjadi aktivis pelajar, saya pernah berkunjung ke rumah penduduk sebuah kampung pada bulan Ramadan bagi satu tujuan penyelidikan. Ketika saya sampai mereka sibuk berbuka puasa. Ketika itu jam 12.30 tengah hari!
Di kampung saya pun ada orang masih berpuasa separuh hari walaupun umurnya telah sama banyak dengan umur Muzium Negara. Ketika memasuki alam pekerjaan, lebih ramai makhluk serupa itu yang saya temui. Yang tidak berpuasa langsung pun bersepah. Itu belum termasuk yang mengaku berpuasa tetapi setiap kali dia buka mulut menyebabkan kita terasa seperti berdiri di tepi kilang tembakau.

Berbalik pada pengalaman saya mula berpuasa. Masih ingat sangat hari pertama berpuasa itu saya berubah menjadi seperti makhluk asing. Dengan perkataan lain, saya bukan Budiman yang biasa. Yang celik sahaja mata akan terus ceria. Yang selepas sahaja basuh muka akan berkejar ke dapur untuk melihat sarapan apa yang emak sediakan. Saya dan makan sampai sekarang pun berpisah tiada.

Tetapi hari itu hendak basuh muka pun saya rasa tidak berdaya. Dari saat mula bangun, saya sudah mengira berapa jam lagi waktu berbuka puasa.
Bagaimanapun atas sebab-sebab yang hanya saya yang tahu, saya berbuka lebih awal pada hari itu. Sebelum jam satu. Puncanya kerana saya terjumpa botol sirap dan baki bubur lambuk dalam peti sejuk.
Silap saya adalah kerana membuka pintu peti sejuk itu tetapi emak lebih silap sebab dia letakkan sirap dan baki juadah berbuka di situ.
Hari-hari selepas itu pun saya berpuasa separuh hari juga. Konsepnya mudah dan menjadi amalan turun-temurun. Hari ini separuh, esok separuh, apabila dicampur jadilah satu hari penuh.

Dan ketika kali pertama berjaya berpuasa penuh, kegembiraan saya tidak tergambar. Saya berasa betul-betul hebat. Terasa macam hendak menjerit memberitahu seluruh dunia.
Ketika kali pertama berpuasa penuh itu saya mengisi hari dengan melihat jam. Berpuluh kali. Malah setengah jam sebelum waktu berbuka, saya duduk menghadap jam di dinding. Melihat jarumnya berdetik sambil membayangkan apa yang saya hendak makan dan hendak minum dahulu nanti. Mengikut rancangan, apa sahaja yang ada di atas meja saya akan ‘belasah’ tetapi apabila tiba waktu berbuka, selepas menghabiskan dua gelas air, sepotong kuih dan tembikai saya terus mencari bantal.

Sempurna

Untuk dua tiga tahun pertama, puasa penuh saya tidaklah sempurna. Ada beberapa kali saya terminum air paip di sekolah tetapi saya teruskan berpuasa juga. Ada sekali dua saya termakan roti bun kaya, namun saya tetap sambung berpuasa kemudiannya. Sekali peristiwa saya termakan mi segera di rumah seorang kawan. Pun saya dan dia terus berpuasa.
Itu tidak mengapa, ada juga pengalaman berbuka puasa 10 minit sebelum waktu berbuka hanya kerana tidak tahan melihat rambutan jiran yang masak ranum.

“Tak mengapa, kita masih budak-budak,” kata kawan saya. Kata-kata yang mengurangkan rasa bersalah saya.
Tahun-tahun seterusnya bukan sahaja menjadikan saya lebih biasa dengan amalan berpuasa, malah mula memahami nikmat dan keseronokannya. Seronok membeli air batu di kedai Cina, seronok membayangkan sirap bercampur biji selasih membasahi tekak, seronok berebut-rebut juadah di meja makan dengan adik-beradik.
Bagi kanak-kanak yang segenerasi dengan saya tentu sedia maklum bahawa Ramadanlah satu-satunya bulan di mana kami berpeluang makan minum dengan semahu-mahunya. Itulah bulan di mana ada sahaja juadah baharu tersaji di meja setiap hari. Tidak perlu lagi berlegar pada lauk-pauk dan kuih-muih yang sama.

Sesukar mana sekali pun kehidupan sesebuah keluarga, ibu dan bapa lazimnya akan berusaha menyediakan juadah yang istimewa daripada biasa untuk anak-anak.
Anak-anak sekarang mungkin tidak merasai keseronokan itu. Kebanyakan mereka boleh mendapat makanan yang sedap-sedap pada bila-bila masa. Apatah lagi dalam era Foodpanda dan GrabFood ini. Budak-budak zaman saya jika diajak ke pasar Ramadan oleh ibu bapa, seronoknya mengalahkan Rohingya mendapat kad UNHCR.

Anak-anak sekarang, sudah sampai bazar pun liat hendak keluar dari kereta. Ketika keluarga saya tinggal di Taman Haji Hamzah, Kapar, ikatan kejiranannya cukup kuat. Setiap petang bulan Ramadan ada sesi bertukar-tukar kuih. Dengan bermodalkan seperiuk bubur kacang yang diagihkan kepada jiran, kita akan menerima pemberian balas yang selalunya berupa juadah yang berbeza-beza. Macam magik.

Masak hanya bubur kacang tetapi bila waktu berbuka di atas meja ada karipap, onde-onde, seri muka, ketayap dan bermacam-macam lagi. Sendawa sampai sahur.
“Ada juga pengalaman bertukar juadah Ramadan ini yang kelakar,” cerita kawan saya.
“Masa tu kami tinggal di Ipoh. Emak aku masaklah bingka ubi. Diberinya seorang sebekas kepada enam jiran kami. Hanya seorang jiran tu yang balas dengan bihun goreng, yang lima lagi secara kebetulan balas balik dengan karipap.”

“Kesemua karipap itu pula bentuk dan rasanya sama. Kami syak, secara kebetulan juga mereka beli di gerai yang sama!” #dush! Selamat menyempurnakan ibadah Ramadan.


* Datuk Budiman Mohd Zohdi ialah ahli politik dan penulis buku yang gemar bernostalgia






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2024 11:40 AM | Show all posts
Beza ramadan dulu dan sekarang
MyMetroNode
Basyar Mustapha pasti ramai generasi muda yang rindukan Ramadan ketika zaman kanak-kanak dulu.

Bukan saja generasi bapa atau datuk kita, belia generasi Y juga merasakan kelainannya. Cepat betul masa berubah, begitu juga perjalanan Ramadan kita terutama anak muda yang sudah bekerja.

Sekadar bahan ringan untuk mengimbau kenangan pada bulan Ramadan, Gen Y kongsikan beberapa perbezaan Ramadan dulu dan sekarang.

- Dulu mak dan ayah bayarkan juadah yang kita mahukan, sekarang apabila sudah bekerja, kita bayar untuk diri sendiri.

- Dulu masa kecil pergi solat Tarawih sebab nak jumpa ramai kawan di surau atau masjid. Sekarang pergi Tarawih sebab hendak kejar pahala.

- Masa kecil boleh buat muka comel jika ponteng puasa jadi tidak dimarahi sangat. Apabila sudah dewasa, comel ataupun tidak tetap kena puasa.

- Dulu agak pening fikir untuk sediakan juadah berbuka terutama emak kita, sekarang kita tidak pening pun kerana beli saja di bazar Ramadan.

- Jika dulu jika bersedekah di dalam kawasan sekitar saja, sekarang kita boleh bersedekah ke Palestin, Kemboja dan ke tempat lain melalui Internet.

- Dulu hanya termenung tengok makanan terhidang sebelum waktu berbuka. Sekarang sibuk mengambil gambar dan muat naik di laman sosial.

- Dulu ada jadual waktu imsak dan berbuka ditampal pada dinding rumah. Sekarang hanya cari di Internet, telefon atau aplikasi khas setiap kali nak berbuka puasa.

- Dulu masa kecil bulan puasa pun sudah sibuk main bunga api dan mercun. Sekarang apabila dengar bunyi mercun jadi terkejut dan rasa marah.

- Sewaktu kecil selepas Tarawih ada agenda bersama kawan antaranya bermain. Sekarang selepas Tarawih sudah kepenatan mahu masuk tidur kerana esok awal pagi perlu pergi bekerja.

- Dulu hendak berbuka dengan pelbagai makanan dan minta macam-macam juadah berbuka daripada ayah dan ibu. Sekarang hanya berbuka sederhana mungkin kerana amalkan diet untuk badan dan poket. Maklumlah pelbagai keperluan hendak dibayar dan baju raya pun sudah kena beli sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2024 11:41 AM | Show all posts

03 August 2012





Ramadhan Dulu dan Sekarang.


Ramadan zaman dulu-dulu tak sama dengan Ramadan hari ini. Dahulu, apabila masuk bulan puasa, agak kurang meriahnya berbanding hari ini. Iyalah, zaman dahulu mana ada bazaar Ramadan, mana ada jualan mega raya dan mana ada iklan di tv dan radio serta akhbar yang gila-gila seperti hari ini. Zaman dulu, orang sambut kedatangan Ramadan dengan satu ingatan sahaja, nak berpuasa di siangnya dan bertarawih pada malamnya.
Kadang kala, rasanya sambutan Ramadan hari ini dari satu segi jauh lebih baik berbanding zaman dulu. Dulu, masuk sahaja bulan puasa, saya tak rasa sangat aura Ramadan. Tiada banner ucapan digantung bagi mengucapkan ihya Ramadan dan sebagainya. Majlis iftar di masjid pun kurang. Iktikaf 10 malam terakhir pun tak pernah dibuat orang. Pendeknya, ia berbeza dengan sekarang.
Sekarang ini di Bandar besar, misalnya Kuala Lumpur dan Shah Alam, setiap malam di bulan Ramadan, kebanyakan masjid dan suraunya melimpah ruah. Imam dijemput khas, sama ada imam hafiz tempatan mahu pun luar Negara. Ada masjid yang solat tarawihnya sampai dua jam.
Dahulu, solat tarawihnya selalunya laju. Imam akan buat 20 rakaat; tetapi lajunya minta ampun. Sekarang, selalunya orang suka buat lapan rakaat; tetapi siap ditambahkan dengan tazkirah. Pendeknya, pengisiannya lebih bermanfaat.
Dahulu, moreh menjadi kemestian. Ada orang (selalunya tukang masak masjid) tak solat tarawih, sebab nak siapkan moreh. Tapi sekarang, orang lebih berebut nak taja majlis iftar, sampai sesetengah masjid penuh jadual sebulan ditempah orang.
Dahulu, qiyamullail di bulan Ramadan agak jarang dibuat orang. Jika ada pun, lebih bersifat individu. Sekarang, qiyamullail dah jadi macam tradisi, khususnya pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Bahkan, ada orang ambil cuti 10 hari terakhir itu untuk memudahkannya beriktikaf di masjid. Bahkan, ada orang kaya yang ambil trip ke Mekah menunaikan umrah di hujung Ramadan.
Dahulu, bila musim Ramadan, amalan sedekah hanya berlegar di sekitar rumah dan jiran terdekat. Kini, amalan sedekah di bulan Ramadan dah jadi hebat, sampai ke luar Negara, Kemboja, Palestin dan sebagainya. Hebat sungguh sedekah zaman sekarang.
Dulu, orang sambut Ramadan dengan penuh kesederhanaan, makannya ala kadar, rasanya kurang pembaziran. Sekarang, orang jadikan Ramadan peluang mengaut keuntungan, makanan tidak sedap pun tidak mengapa, asalkan habis dibeli orang. Akhirnya, Ramadan jadi pesta makanan dan banyak terjadi pembaziran.
Inilah sedikit sebanyak perbezaan Ramadan antara dahulu dan sekarang…
Sumber : hamizul.com
















Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 04:29 PM | Show all posts
Puasa dulu-dulu seronok sangat. Feel dia sampai. Tersadai beramai adik beradik kelaparan kehausan.

Petang2 tunggu drama Rumah Kedai... Bila time Jejak Rasul, tunggu tu jugak. Time mak tak kerja lagi, mak meniaga kuih muih. so kena tolong mak buat kuih. Petang2 tu angkut pergi kat tempat jualan. Masing2 pass tugas kat orang lain. Punyalah malas nak tolong berjualan. haha

Time mak dah kerja, mak balik kerja, tolong mak masak. First day selalunya best lah. My dad buat air special dia, air buah-buahan. Mak pun opkos la masak kaw2. ehh seronoklah. Adik beradik semua dok busy itu ini. Meriah.

Lepas tu kemas tempat makan. Sementara tunggu azan, bukak radio, dengar iklan2 time puasa. Iklan kicap paling ingat. Beramai duduk keliling saprah tu. Air dah tuang siap2, request yg paling banyak ice.

Lepas siap berbuka, sementara nak tunggu orang lain habis makan, yang dah siap makan ni pergi lepak luar rumah. Lepak atas carpet, atas timbunan pasir. Masing2 baring pandang bintang kat langit. Sambil borak berangan apa baju raya and kasut raya idaman tahun tu. Gile romantisss hahahahah

Lepas tu kena pekik sebab tak geti nak solat?? hahahaa

Settle semua, cuci pinggan bagai.. siap2 pergi terawih. Jalan kaki pergi surau.

Bab baju raya, mak jahit. So lepas mak beli kain pasang tu. Selagi tak berjahit, selagi tu la kain tu asyik keluar dari robok, ambik bau. Baju jalan pulak, selalunya beli sehari dua sebelum raya. Rasa cemas kalau2 tak dapat apa yang diidamkan. And selalunya memang tak dapat lah. sebab my dad akan bawak arwah abang aje pegi beli. Adik2 duduk rumah tunggu dengan debaran, bagaimanakah baju jalan yg bakalan dapat.

oh memories. Tak dapat lagi dah semua tu. Mak dah takde. Abang sulung pun dah takde. haiih. Bila teringat semua ni, baru tau arti kenangan mengusik jiwa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2024 07:59 AM | Show all posts
alaa replied at 7-3-2024 03:29 PM
Puasa dulu-dulu seronok sangat. Feel dia sampai. Tersadai beramai adik beradik kelaparan kehausan.

...

Best kan. Saya no 10 dari 12 adik beradik. Meriah berbuka. Mak masak & ayah beli juadah penuh meja. Wajib ada bubur lambuk, pecal & cendol
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 11:11 AM | Show all posts
seribulan replied at 8-3-2024 07:59 AM
Best kan. Saya no 10 dari 12 adik beradik. Meriah berbuka. Mak masak & ayah beli juadah penuh meja ...

Wah meriahnya. Adik beradik ramai ni jadi berkawan dengan adik beradik aje. Saya anak ke 4 daripada 7 beradik. Tu pun dah meriah rasa.

Tapi ada banyak la beza puasa dulu dengan sekarang kan. Sekarang cuba la nak instill kat anak-anak perasaan seronok bulan puasa tu.
Harap ada kesan memori indah lah untuk diorang jugak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-3-2024 11:51 AM | Show all posts
alaa replied at 8-3-2024 10:11 AM
Wah meriahnya. Adik beradik ramai ni jadi berkawan dengan adik beradik aje. Saya anak ke 4 daripad ...

Seronok ambil bubur lambuk kat masjid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2024 08:17 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.073929 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list