CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1330|Reply: 1

[GAMBAR] ...Tradisi Pasang Panjut...

[Copy link]
Post time 14-3-2024 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Masih ada?
Tradisi pasang panjut mampu erat hubungan tua dan muda

Astro Awani
Jun 26, 2016 15:33 MYT


Tradisi itu juga dapat melahirkan idea kreatif dan inovatif, gandingan daripada kedua-dua generasi itu.


Tradisi pasang panjut atau pelita hiasan yang lazimnya meriah ketika menjelang hari raya aidilfitri, mampu mengeratkan silaturrahim antara orang lama dan generasi muda.
Ahli Dewan Undangan Negeri Chenderoh, Datuk Zainun Mat Noor berkata, tradisi itu juga dapat melahirkan idea kreatif dan inovatif, gandingan daripada kedua-dua generasi itu.
Zainun meminta semua pihak supaya tidak beranggapan negatif, kononnya tradisi itu tidak memberi faedah dan hanya melalaikan.
“Melalui tradisi ini, orang muda dapat pengalaman berkreativiti bersama orang-orang tua dalam mencantikkan suasana kampung.
“Dalam masa yang sama, kita adakan pertandingan dan pertunjukan bagi menjadikan hubungan masyarakat dalam kampung itu lebih kukuh dan lebih seronok,” katanya.


Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Parlimen Padang Rengas di Kuala Kangsar.
Sebanyak 42 pasukan yang mewakili kampung-kampung di kawasan Parlimen Padang Rengas mengambil bahagian dalam program tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Sukan Dan Rekreasi Parlimen Padang Rengas, Mohd Arif Abdul Majid berkata, antara tema pertandingan itu ialah Kampungku, Bangunan Bersejarah dan Selamat Hari Raya.


Single Polls, Total 2 Users voted
0.00% (0)
0.00% (0)
100.00% (2)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 11:01 AM | Show all posts
kt kpg2 masih ada. dulu rmh arwah nenek aku la meriah tp xde panjut (bg aku panjut tu yg buluh tu kan?), guna pelita. keje aku dan pakcik2 aku la isi minyak gas dlm pelita pastu susun keliling rumah, dan nyalakan mlm2. plg meriah bila start mlm tujuh likur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.114718 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list