CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17705|Reply: 0

[Terengganu] Kita belum pasti bertemu lagi Ramadan tahun depan - Mufti

[Copy link]
Post time 30-3-2024 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Kita belum pasti bertemu lagi Ramadan tahun depan - Mufti

OlehNORHASPIDA YATIM

30 Mac 2024 12:08pm








Dalam keghairahan menyambut kedatangan Syawal, umat Islam di negara ini diingatkan untuk tidak terleka dengan hanya memberi tumpuan terhadap persediaan Hari Raya Aidilfitri sehingga terlupa semakin berada di penghujung Ramadan.(Gambar hiasan) Foto dijana oleh AI 123rf, gambar kecil: Mohamad Sabri




KUALA TERENGGANU - Dalam keghairahan menyambut kedatangan Syawal, umat Islam di negara ini diingatkan untuk tidak terleka dengan hanya memberi tumpuan terhadap persediaan Hari Raya Aidilfitri sehingga terlupa semakin berada di penghujung Ramadan.

Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun berkata, peluang yang ada hanya sekali dalam tempoh setahun ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana belum pasti sama ada berpeluang untuk bertemu lagi Ramadan pada tahun akan datang.



Menurutnya, tidak salah untuk mencari rezeki pada bulan mulia ini namun peluang yang ada tidak wajar untuk disia-siakan tanpa diisi dengan amal ibadah yang mendapat ganjaran besar di sisi ALLAH SWT.

"Perkara ini melibatkan kefahaman ilmu. Orang-orang yang lebih berilmu akan berusaha untuk lebihkan ibadat. Ilmu itu membezakan antara adat dengan ibadat.



"Semakin tinggi ilmu maka semakin tinggi semangat untuk mengejar ibadat kerana tidak pasti adakah tahun depan akan bertemu Ramadan lagi," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemeriahan luar biasa pesta jualan barangan dan makanan yang terdapat di negeri ini sehingga terdapat masjid yang suram dan tidak diimarahkan sebaik mungkin.

Mengulas mengenai perkara itu, beliau berkata, keadaan itu dipengaruhi oleh tahap ilmu yang ada pada diri setiap daripada umat Islam.

"Orang yang kurang ilmu tidak merasakan Ramadan ini pesta ibadat, tetapi merasakan ia peluang untuk dapatkan habuan dunia.




"Mungkin seseorang itu merasakan tahun depan Ramadan akan hadir lagi dan masa itu dia akan serius dalam ibadat," ujar beliau.

Mohamad Sabri menjelaskan, kecetekan ilmu menyebabkan seseorang terpengaruh agar melengahkan ibadat dan melebihkan habuan dunia.

"Walaupun mencari rezeki di dunia juga ibadat jika mengikut syariat dan dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH SWT, tetapi oleh kerana Ramadan bukannya pasti kita akan memperolehnya lagi tahun-tahun akan datang, maka peluang yang ada tidak wajar disia-siakan," tambah beliau.

Sehari lagi umat Islam di negara ini akan berada di 10 malam terakhir Ramadan di mana tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang Selasa, 9 April 2024 bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa akan diumumkan pada malam hari yang sama.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.280620 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list