CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19080|Reply: 4

“Ayam tak patuk, itik tak sudu. Kamu tak hendak, kami tak mahu!" – Nik Amar perli Zahid Hamidi?

[Copy link]
Post time 9-7-2024 11:19 PM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah hari ini meninggalkan satu hantaran di media sosial Facebooknya dengan satu status yang dipercayai ditujukan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


ADUN Pachor itu secara terbuka manaikkan satu status seakan-akan memerli ucapan Ahmad Zahid ketika di Perak semalam yang menyatakan gabungan Barisan Nasional (BN) tidak sesekali akan bergabung dengan Pas.


Ahmad Zahid berkata, selagi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meminpi parti tersebut, beliau tidak akan sesekali bergabung dengan parti kompenan yang ketika ini berada dalam gabungan parti pembangkang bersama Bersatu dan Gerakan dalam Pakatan Nasional (PN).


“Ayam tak patuk, itik tak sudu. Kamu tak hendak, kami tak mahu!” tulis Nik Amar ringkas di Facebooknya hari ini.


Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, UMNO atau BN tidak sesekali akan bergabung dengan Pas ketika Pilihan Raya Umum (PRU) nanti kerana presidennya didakwa suka menipu.


“Dah berapa kali saya jumpa bersama Timbalan Presiden (Datuk Muhamad Hasan) untuk berbincang sebelum ini.


“Kali pertama kata ok lepas tu keluar keputusan lain, kemudian jumpa lagi empat mata. Di hadapan kata ‘ok’ keluar keputusan juga lain. Saya tidak akan bergabung dengan Pas selagi Presidennya ada,” ujar Ahmad Zahid ketika ucapannya pada Perhimpunan UMNO negeri Perak semalam.


Sumber– KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2024 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bergasaklah korang. Kami tepuk tangan.

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, UMNO atau BN tidak sesekali akan bergabung dengan Pas ketika Pilihan Raya Umum (PRU) nanti kerana presidennya didakwa suka menipu.

Hahahahahha... apecer kes mahkamah dia? Senyap jahh.. dah lepaih ka?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 12:56 AM | Show all posts
Tinot7: Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, UMNO atau BN tidak sesekali akan bergabung dengan Pas ketika Pilihan Raya Umum (PRU) nanti kerana presidennya didakwa  ...


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 03:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.040519 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list