CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 26968|Reply: 49

Jamal Abdillah rugi RM2 juta akibat pelaburan

[Copy link]
Post time 19-7-2024 08:57 AM | Show all posts |Read mode







Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah, 65, kerugian sebanyak RM2 juta akibat kegagalan sebuah syarikat pelaburan yang disertainya membayar dividen serta memulangkan semula wang pelaburan kepadanya.


Penyanyi legenda ini turut meminta kerajaan bertindak tegas terhadap syarikat pelaburan terbabit yang dilihat cuba lari dari tanggungjawab mereka.


Menurutnya, laporan polis juga sudah dibuat kepada unit Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, namun sehingga kini perkara ini belum difailkan di mahkamah.


"Sebelum itu saya dah buat semakan di Suruhanjaya Sekuriti (SC) serta Bank Negara Malaysia (BNM) dan mendapati memang syarikat itu wujud kerana ramai melabur di situ yang dijanjikan dividen lapan hingga 12 peratus setahun.


"Saya pun tertarik dan melabur kira-kira RM2 juta. Tahun pertama, kedua dan ketiga pembayaran dividen okey. Masuk tahun keempat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka tak dapat nak bayar.


"Sampai sekarang dah nak masuk tujuh tahun, ia belum selesai. Saya pun dah buat laporan polis dan pegawai yang mengendalikan kes ini sudah bertukar tiga, empat orang tapi ia belum lagi difailkan di mahkamah," katanya.


Jamal berkata, laporan dibuat di Bukit Aman dan Shah Alam tetapi masih tiada apa-apa tindakan dari Timbalan Pendakwa Raya (DPP).


"Sekarang ini tinggal lagi meja DPP yang akan failkan. Dah masuk dua tahun laporan dibuat tapi nampaknya tiada apa-apa yang berlaku. Jadi saya harap pihak kerajaan tengoklah kes ini kerana ia seperti 'scammer'.


"Jangan dibiarkan begitu saja kerana ramai yang kena, bukan saja seorang saja. Hampir RM1 bilion mereka kutip termasuk dari syarikat-syarikat besar. Sesetengah dari syarikat ini dah dapat semula deposit bila mereka failkan di mahkamah.


"Saya lewat sikit bertindak, namun harapan saya agar pihak kerajaan buka mata terhadap syarikat-syarikat begini yang ambil wang rakyat yang buat pelaburan ini kerana dia sudah melalui Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara. Ia memang wujud. Jadi apa tindakan kerajaan selanjutnya dan pihak DPP kenalah failkan segera," katanya.


Sementara itu, peguam Datuk Kamaruzaman Arif dari Tetuan Kamaruzaman Arif dan Sofiah yang mewakili Jamal berkata, penyanyi tersohor negara itu membuat laporan polis selepas beliau mendakwa tidak mendapat pulangan pelaburan yang telah dijanjikan oleh ejen dan syarikat pelaburan yang disertainya.


"ada awal 2018, Jamal diperkenalkan oleh seorang ejen kepada satu skim pelaburan dan dijanjikan pulangan sebanyak 12 peratus setahun.


"Sekitar tahun 2018 sehingga 2020, beliau membuat sejumlah empat kali pelaburan dengan melaburkan sejumlah RM2 juta ke dalam syarikat terbabit.


"ada 22 Januari 2018, beliau sudah membuat dua pelaburan dimana jumlahnya adalah sebanyak RM1 juta. Tarikh matang bagi kedua-dua pelaburan ini adalah ditetapkan pada 21 Januari 2023," katanya


Menurutnya, jumlah janjian pulangan bagi keseluruhan pelaburan sebanyak RM1 juta ini adalah berjumlah RM600,000.


Namun sehingga ke hari ini, syarikat pelaburan terbabit gagal untuk membuat pembayaran dividen bagi pendapatan tahunan secara menyeluruh dan secara langsung sudah melanggar perjanjian dan terma-terma yang sudah dipersetujui.


"ada 2020, Jamal sudah membuat dua lagi pelaburan bertarikh 1 Januari dan 23 Januari di mana jumlahnya adalah sebanyak RM1 juta.


"Namun, syarikat pelaburan terbabit juga sudah gagal untuk membayar janjian pulangan tahunan bagi pelaburan yang sudah dilakukan ini dan oleh yang demikian secara langsung sudah melanggar janji janji dan terma-terma pelaburan.


"Jamal seterusnya menerusi satu memo bertarikh 4 Januari 2023 yang dikeluarkan oleh syarikat pelaburan terbabit bahawa mereka sudah menyatakan ketidakupayaan mereka untuk membayar pulangan sasaran tahunan pelaburan kononnya disebabkan keuntungan syarikat sudah terjejas akibat Covid-19," katanya.


Bagaimanapun semakan yang dibuat ke atas akaun dan prestasi kewangan syarikat terbabit dipercayai bahawa mereka sudah mendapat keuntungan pada tempoh material dan bukan kerugian.


"Menurut laporan polis yang dibuat Jamal, alasan mereka bertentangan dengan janji-janji yang dibuat sewaktu menarik beliau menyertai skim pelaburan itu. Jamal kini menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan pihak yang sewajarnya untuk menyiasat kes ini," katanya.




Sumber: Harian Metro








Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2024 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm.. Bertabah la Tok Mal..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kes too good to be true je pulangan investment tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 09:11 AM | Show all posts
rEVEAL la nama syarikat tu.. sian acik Jamal kene scam ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 09:41 AM | Show all posts
alahai..kalau janji bg pulangan setinggi langit ni selalu nya mmg fishy lah..tak belajar2 depa ni..padan muka blh tak? sbb tamak nak kaya cepat n senang
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 09:46 AM | Show all posts
bnyk nya duit Jamal.. dah mcm cerita teladan "orang tamak selalu rugi"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2024 09:48 AM | Show all posts
pelaburan ni 3 jer iolls percaya
-asb
-th
-pg
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni join kt tele ke?
Cam acik yebbi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Abesla bang jamal..mcm mana nk sara anak2 berderett da duit lebur..kalo bang jamil sibuk bermadu..bang jamal anak bersusun paku..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 10:10 AM | Show all posts
Ni MLM mana tok masuk?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 10:22 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 19-7-2024 09:55 AM
Ni join kt tele ke?
Cam acik yebbi.

FB pun ada juga iklan-iklan macam ini.























This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 10:28 AM | Show all posts
cepat nau percaya yg kuban kuban. moga bertabah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Haritu baca untung besar banyak lembu terjual masa korban. Ni lebur rm2juta pulak. Banyak duit tokmal
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
So klau betol dah berdaftar bawah SC dan Bank Negara, mmg x boleh ambik tindakan ke? apa function SC? Ke tok mal pon x tau berdaftar ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya tok jamal, hati2 semua jgn mudah terpedaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat: So klau betol dah berdaftar ba ...


Dia tau sbb dlm artikel tu sebut dia dah semak sblm dia melabur..
Dah dpt pulangan sblm covid..lps covid yg syarikat tu diam je..
Syarikat tu dah byr kt syarikat/org lain yg ambil tindakan mahkamah kt diaorg..
Cuma tok mal ni lmbt sikit failkan kes..so dia x puas hati la kes dia kena peram..
Dia yakin klu kes dia jln, dia blh dpt balik duit mcm org lain yg tuntut dari syarikat ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2024 12:26 PM | Show all posts
Die punye Arowana kat Bukit Merah tu ape cer ye
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 05:13 PM | Show all posts
kayo tok mal
no wonder ada je perempuan melekat
heols pun power lagi


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Invest kat Malakat Mall tu ke Tok Mal?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak duit tok mal..antara artis veteran yg berjaya hingga ke hari ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.104299 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list