CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31313|Reply: 2

[Politik] BERSATU jadi balaci PAS

[Copy link]
Post time 30-7-2024 11:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkaypoh at 13-8-2024 08:59 AM

GUA MUSANG: UMNO Kelantan menyifatkan BERSATU sudah ketandusan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sehingga terpaksa mengambil ahli PAS menyertai parti itu.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman, mendakwa sudah terang lagi nyata BERSATU tidak mempunyai kuasa terutama di Kelantan.

"Sebelum ini Pemuda PAS Gua Musang minta calon PAS diletakkan di DUN Nenggiri dan BERSATU pula menegaskan kerusi itu milik mereka.

"Semalam semua orang boleh lihat BERSATU terpaksa akur dengan gesaan PAS Gua Musang apabila bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS diangkat sebagai calon.

"Secara jujur seolah-olah PAS yang bertanding dan disebabkan mahu menghalalkan kuota parti memandangkan DUN Nenggiri kerusi BERSATU, ahli PAS keluar parti dan menyertai BERSATU.

"Ini dinamakan cerita kartun dan sudah jelas BERSATU tidak mempunyai kuasa, selain tidak mempunyai calon yang berkualiti," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan, calon BERSATU pada PRK DUN Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail, dikatakan baru menyertai parti terbabit dua hari sebelum diumumkan sebagai calon petang semalam.

Pemilihan Mohd Rizwadi yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Gua Musang dikatakan dibuat pada saat akhir berbanding dua nama sebelum ini yang disebut-sebut adalah Sheikh Razali

Sumber berkata, keputusan itu juga dibuat selepas perbincangan di antara pimpinan Perikatan Nasional (PN) menemui jalan buntu, selain bimbang berlaku boikot dalam kalangan jentera apabila mengekalkan calon daripada BERSATU.

Mengulas lanjut, Zawawi berkata, berdasarkan kedua-dua calon yang ditampilkan sudah tentu Barisan Nasional (BN) mempunyai lebih banyak kelebihan.

"Calon kita sudah dikenali oleh penduduk Gua Musang berbanding calon BERSATU yang kurang dikenali.

"Justeru, kita serahkan kepada pengundi sama ada mahu memilih BN atau BERSATU. Jika mahu masa depan yang cerah pilihannya adalah memberi mandat kepada BN," katanya.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 09:58 AM | Show all posts
dorg tetap gak menang
so kerajaan xyah buang duit sangat la beriya2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2024 09:24 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.039596 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list