CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36875|Reply: 22

[Tempatan] Asbab Himpunan RXZ 6.0 meragut 3 nyawa

[Copy link]
Post time 16-9-2024 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 17-9-2024 08:46 AM

KUALA TERENGGANU: Tiga maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 di Terengganu.


Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, berkata ia membabitkan masing-masing satu kes di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.


Beliau berkata, kemalangan pertama berlaku di Kilometer (KM) 24, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Marang, kelmarin, membabitkan seorang penunggang motosikal berusia 58 tahun dari Perak.


“Nahas kedua pula berlaku semalam di KM 270.1, Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) Kemaman mengorbankan seorang lelaki berusia 29 tahun dari Negeri Sembilan yang maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas selepas mengelak patung penyu yang ada di atas jalan.


“Selain itu, di Hulu Terengganu, seorang penunggang motosikal berusia 29 tahun dari Pahang maut di tempat kejadian selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah motosikal yang berhenti di lorong kecemasan menyebabkannya terjatuh di atas jalan dan diseret lori semalam,” katanya.


Mohd Khairi berkata, pihaknya turut mengeluarkan 89 saman membabitkan pelbagai kesalahan dalam operasi yang dilakukan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak dan sekitar daerah Kuala Terengganu sepanjang dua hari bermula Jumaat lalu.


Katanya, polis turut menyita 15 motosikal dalam operasi sama.


“Antara kesalahan paling tinggi direkodkan adalah ubah suai ekzos (24 kes), tiada cermin sisi (15 kes) dan aksesori tidak sempurna (10 kes).


“Semua kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan ke atas 89 motosikal dan 110 individu. Semua penugasan dan operasi berjalan dengan baik dan lancar serta tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku,” katanya.


Buletin TV3



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2024 09:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 10:31 PM | Show all posts
soklan noob ..rxz sesuai ke utk perjalanan jauh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 16-9-2024 10:31 PM
soklan noob ..rxz sesuai ke utk perjalanan jauh?

Ok jer. Janji semua stended.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang 3 mat rempit, dah cakap hapuskan himpunan rempit x berfaedah ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
hat pahang buat ritu mcm xdengaq brita apa pun. awat hat tganu buat masuk berita hri2? ada bau2 ikan ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2024 11:59 PM | Show all posts
Anak2 tahfiz  buat himpunan 24k huffaz malaysia
Yg tua pulak sibuk nk  buat perhimpunan motor
Tak malu dgn budak  ke
Xhormat hari maulidur rasul  
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
miss_white replied at 16-9-2024 11:59 PM
Anak2 tahfiz  buat himpunan 24k huffaz malaysia
Yg tua pulak sibuk nk  buat perhimpunan motor
Tak ma ...

bukan event hri ni. event jumaat sabtu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2024 08:17 AM | Show all posts
Buat event macam ni memang crowd akan ramai sangat, cuma tu la ada kebaikkan dan keburukkan tersendiri
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 09:54 AM | Show all posts
Supersirap replied at 17-9-2024 08:17 AM
Buat event macam ni memang crowd akan ramai sangat, cuma tu la ada kebaikkan dan keburukkan tersendi ...

ye, kita pn tau naik moto pn 1 risiko, high risk, nak 2 pulak beramai2 lagi menambah kan risiko

bila aku cakap dgn budak2 motor cam biasa la,

bahya ada di mana2, orang naik kapal terbang pn terhempas, naik lori pn eksiden

ya, tp kalo tujuan ko pergi tu utk cari makan, cari duit takpe la risiko pn



Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 09:56 AM | Show all posts
Edited by salimrock at 17-9-2024 10:00 AM

aku tak suka RXZ< , 2 lejang, keluar asap putih, bunyi bising, asap dia ada bau, pencemaran alam..

moto 4 lejang pn keluar asap juga, tapi asap dia dah di filter, ( dan enjin 2 stroke dan 4 stroke ni lain system exhaust dia ) cuba tgk moto2 LC, y15, y16 mana ada keluar asap,
abis tu apa yg diorang bangga kan sgt? laju? vintage? rare?

bangga sebab dpt mencemarkan alam?

bg aku bila moto 2 lejang ni berhimpun seolah2 mari lah kita mencemarkan alam beramai2 hahaha

apa2 pun syukur kerana ALlah bg nikmat udara secara percuma


dulu tak pe la, mgkn enginerring zaman tu buat moto 2 stroke skrg dah ada alternatives yg lebih mesra alam...



Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 10:09 AM | Show all posts
knp la kita tak hantar kumpulan RXZ ni ride ke Tel Aviv bersama Hamas?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 02:28 PM | Show all posts
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa
telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Kupasrah di atas kehendak Yang Esa
Ya Allah, tempatkannya
di tempat yang mulia
Tempat yang Dikau janjikan nikmat untuk hambaMu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia
dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati
Telah tiba saat waktu
kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa
telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini
bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati


Arwah baik orangnyeeeerrr
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 03:27 PM | Show all posts
mesti ramai dtg melawat  apalah amalan dia semasa hidup sampai dpt penghormatan sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lalu fyp tt semua pakat jadi superman kat hiway. Bahaya tul.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 04:11 PM | Show all posts
ipanimanz1 replied at 16-9-2024 05:30 PM
bukan event hri ni. event jumaat sabtu.

Ohhh yeke..ok2 sorry
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2024 04:32 PM | Show all posts
Laki bellaz tu ada tak? Dia selalu update laki dia pegi sini kan? Siap pesan kalau nampak laki dia bgtahu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat event gini kat ganu sebab ada highway. Kat kelantan takde highway maka keberangkalian utk mati kemalangan lagi tinggi. Dan kerajaan kelantan pun jenis benak ubi tak reti nak tarik orang ke negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 17-9-2024 04:32 PM
Laki bellaz tu ada tak? Dia selalu update laki dia pegi sini kan? Siap pesan kalau nampak laki dia b ...

Ade... tengok kat tt ramai yg jadi cctv rakam laki dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 08:59 AM | Show all posts
bellaamsar replied at 17-9-2024 03:09 PM
Ade... tengok kat tt ramai yg jadi cctv rakam laki dia

Laki helok sgt jangan dok tayang2 bella oi..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.049385 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list